Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Video: Ditumbuk Depan Premis...

JENAMA produk sukan terkenal Adidas baru-baru ini melancarkan model 'sneakers' edisi terhad iaitu Adidas...

Siasat Jika Berlaku Peningkatan...

TAWAU - Kerajaan negeri meminta pihak berkuasa serta badan pemantau harga barangan di...

Pasar Super Kinta Mulai...

IPOH - Pasar Besar Ipoh, Super Kinta di sini terus menjadi tumpuan umat...

PDRM Umum Pertukaran 18...

Kuala Lumpur : Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran dan kenaikan pangkat 18...

Rakaman CCTV Rungkai ‘Misteri’ Kehilangan Lembu

RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) berjaya merakamkan tindakan sekumpulan lelaki di Gujarat, India mencuri lembu dengan menggunakan sebuah kereta jenis Hatchback.

Difahamkan kejadian itu dirakamkan pada 11 Oktober lalu kira-kira pukul 6.34 petang. Menerusi rakaman CCTV itu, kelihatan beberapa ekor lembu sedang berkeliaran di sebuah lorong.

Kemudian datang seorang lelaki bertindak memegang leher salah seekor lembu itu sebelum cuba memasukkannya ke dalam kereta berwarna putih yang diparkir berdekatan dengan lembu tersebut.

Salah seorang rakan suspek dilihat keluar dari tempat duduk hadapan dan membantunya menolak lembu berkenaan ke dalam kereta sebelum meluncur meninggalkan tempat kejadian.

Rakaman CCTV Rungkai 'Misteri' Kehilangan Lembu

Video kes kecurian berdurasi 1 minit lebih yang tersebar menerusi YouTube dan ditonton oleh warga tempatan telah mendapat perhatian daripada pihak berkuasa.

Polis kemudiannya menjejaki kereta jenis Hatcback berwarna putih itu dan menahan seorang lelaki yang ketika ini sedang disoal siasat.


Bagaimana pun, lembu yang hilang itu masih belum dapat dikesan.

Malah menurut sebuah akhbar tempatan negara itu, sesetengah daripada warganya kini seolah-olah ketagih dengan rasa daging lembu meskipun haiwan berkenaan dianggap suci oleh penganut Hindu.

Kejadian itu semakin berleluasa kebelakangan ini apatah lagi dengan ribuan ekor lembu yang berkeliaran di tepi jalan memudahkan lagi kumpulan pencuri mengambil kesempatan dan menjualnya kepada pusat penyembelihan yang tidak bertauliah. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Daily Mail

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori