Sudah banyak ditulis tentang keluarga bekas datin dan permintaan serta helah melampaunya dalam kes perceraiannya dengan seorang tokoh korporat muda negara. Malah, tindakannya membawa bloggers dan perakam video ke prosiding mahkamah telah pun ditulis sebelum video tersebut menjadi viral sehingga separuh Malaysia mengecam tokoh korporat tersebut. (Baca Kisah Datin Meletup Di Mahkamah yang disiarkan sebelum video tersebut disebarkan)
Memang benar apa yang dijangkakan. Bekas datin ini sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamatnya sehingga sanggup menjaja keperitan anak-anak. Video disebarkan untuk tunjukkan kononnya tokoh korporat tersebut merampas anak-anak dari ibu untuk selama-lamanya. Ramai yang tidak tahu mahkamah hanya membenarkan anak-anak bermalam dengan ayah mereka selama satu hari sahaja.
Selepas tokoh korporat tersebut mengeluarkan kenyataan daripada mulutnya sendiri, barulah ramai yang sedar apa sebenarnya terjadi. Ramai berpusu-pusu ke akaun Instagram beliau untuk memohon maaf dan menyatakan sokongan serta berdoa untuk beliau. Dalam tempoh 24 jam selepas kenyataan dikeluarkan, jumlah pengikut beliau di Instagram bertambah lebih 10,000 pengikut.
Namun, bekas datin juga cuba memadam kehangatan tersebut dengan mengeluarkan kenyataan beliau sendiri, namun tidak ramai lagi yang sanggup bersekongkol dengan drama jahat itu. Tidak cukup dengan itu, bekas datin ini juga dipercayai telah membayar sebuah portal berita pro-pembangkang untuk membuat liputan insiden tersebut agar nama tokoh korporat, keluarga serta syarikat tercemar.
Jika dulu ramai yang mula bersuara apabila cerita-cerita tentang bekas datin dan keluarganya tersebar, kini cerita-cerita tersebut tersebar lagi daripada mereka yang selama ini hanya mendiamkan diri.
Salah seorang yang mula bersuara adalah bekas tunang kepada adik lelaki bekas datin ini. Khabarnya wanita ini telah menjalinkan hubungan dengan adik bekas datin ini selama 6 tahun. Namun, perkahwinan mereka dibatalkan kerana menurut bekas tunang ini, kakak kepada tunangnya itulah yang menjadi punca kepada keretakan hubungannya.
Dalam status Facebook yang dia kongsi semalam, dia menulis she is the best drama queen, and perempuan paling fake saya pernah kenal dalam dunia ini. Saya, keluarga dianiayai, dicemuh, dihina oleh bekas datin ini sehinggalah saya tidak berkahwin sampailah ke hari ini kerana saya sangat trauma dengan kejadian itu.
Seorang bekas kakitangan datin itu sendiri juga mengulas tentang perangai sebenar bekas datin itu yang tidak diketahui umum. Beliau mengulas tentang artikel Kisah Datin Meletup Di Mahkamah, dengan menulis, Ok. I can brain this better than the rest of the drama triggered by this particular lady. Sukalah awak yer bila diangkat sebagai Si Mangsa dalam drama terbaru anda ini. Mission accomplished ya? Not too soon darling. Truth be revealed soon.
Tidak lupa juga selepas video tersebut menjadi viral, laman Facebook Sahabat Mahkamah Syariah turut tampil dengan posting menceritakan apa yang sebenarnya berlaku di mahkamah pada hari kejadian. Anda boleh baca post tersebut di https://www.facebook.com/sahabatsyarie/posts/527397730782057
Walaupun ramai netizens yang mengongsikan video tersebut, ada juga netizens tidak mempercayai bulat-bulat apa yang disebarkan. Ini adalah kerana kredibiliti bekas datin ini sangat tidak baik dan harus dipersoalkan. Mereka kenal dengan bekas datin ini dan tahu perangainya memang sangat teruk.
Ada yang turut bertanya kenapa bekas datin ini perlu memakai kasut tumit tinggi berjenama yang sangat mahal ke mahkamah. Mereka turut berkata mungkin sebab kasut itulah dia terjatuh apabila ramai berpusu-pusu keluar daripada kamar mahkamah.
Ramai juga yang turut mempersoalkan kenapa perlu bawa perakam video ke dalam mahkamah sedangkan ia dilarang? Jawapannya kita semua sudah tahu. Dia sengaja mahu menimbulkan drama di mahkamah, dan dia mahu insiden itu dirakamkan agar boleh ditonton berjuta rakyat Malaysia demi meraih simpati.
Memang itu yang dia dapat. Dia terima simpati daripada ramai rakyat Malaysia, tapi ia hanya buat seketika. Apabila kisah sebenar diceritakan, simpati tersebut telah bertukar menjadi sangsi dan benci.-MYNEWSHUB.CC