MALANG tidak berbau menimpa seorang remaja berusia 14 tahun yang meninggal dunia akibat pendarahan otak selepas melahirkan anak seminggu yang lalu hasil perkahwinan paksa.
Derya meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Batman, timur Turki, semalam. Polis kini sedang menyiasat kematiannya.
Menurut pakar gynecology, Profesor M.D. Aydan Biri, adalah merbahaya untuk pengantin kanak-kanak hamil dengan kadar kematian adalah lebih tinggi.
Ini kerana mereka berisiko mendapat tekanan darah tinggi atau kelahiran lebih awal.
Selalunya remaja yang belum lengkap sepenuhnya pembesaran fizikal dan organ yang masih belum sempurna akan berakhir dengan kematian, sekiranya mengandung.
Menurut badan kebajikan Girls Not Brides, terdapat kira-kira 15 juta gadis berkahwin sebelum mencecah usia 18 tahun setiap tahun, iaitu bersamaan satu bagi setiap dua saat. – Mynewshub.cc