Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Keadilan Buat Prebet Adam...

RAMAI yang bertanya mengapa saya mengangkat subjek Prebet Adam Bin Jaafar, seorang lelaki...

Prestasi Menteri Amanah Hanya...

KUALA LUMPUR - Penganalisis politik berpendapat setelah enam bulan mentadbir Putrajaya, menteri daripada...

Miliki Wang Palsu, Pemandu...

PETALING JAYA - Seorang pemandu teksi dijatuhi hukuman dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah...

Najib Kagum Kehebatan ePrix...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyertai beribu-ribu...

Remaja Antara 4 Pengemis, Kutu Rayau Ditahan

KUALA KANGSAR – Seorang remaja berusia 14 tahun antara empat pengemis dan kutu rayau yang diselamatkan dalam operasi bersepadu di beberapa kawasan sekitar daerah Kuala Kangsar malam tadi.

Tiga lagi yang diselamatkan adalah dua wanita masing-masing berumur 54 dan 64 tahun serta seorang lelaki berumur 62 tahun.

Operasi bersepadu yang diadakan dari pukul 10 malam hingga 3 pagi tadi disertai 40 anggota termasuk dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Agama Islam Perak, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar dan polis.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Marzuana Ismazira Mir Ismail berkata semua yang diselamatkan akan dihadapkan ke mahkamah untuk mendapatkan perintah mengikut Seksyen 3 (2) Akta Orang Papa 1977 bagi membolehkan mereka ditempatkan di Rumah Seri Kenangan di Hulu Kinta selama 30 hari.

Sementara itu, remaja berkenaan yang tidak bersekolah dan berniaga pakaian akan diserahkan kepada anggota keluarganya, katanya kepada pemberita setelah operasi itu berakhir hari ini.

Marzuana berkata operasi itu bertujuan membantu menyelamatkan pengemis dan kutu rayau terutama yang tidak mempunyai tempat tinggal menjelang perayaaan Deepavali.


“Mereka perlu diselamatkan bagi mengelak golongan berkenaan terdedah kepada jenayah,” katanya.

Operasi tersebut juga bertujuan menyedarkan masyarakat agar tidak memberi sedekah kepada mereka yang menjalankan kegiatan mengutip derma tanpa kebenaran sejajar dengan slogan JKM ‘Bijak Membantu Elak Tertipu’.

Beliau berkata melalui usaha itu, masyarakat disaran tidak memberi wang kepada pengemis dan memastikan surat yang ditunjukkan individu/pertubuhan untuk mengutip derma mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa serta membuat aduan kepada JKM atau talian kasih 15999 sekiranya terdapat aktiviti mengemis.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori