Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kerry Kembali Ke AS...

WASHINGTON - Setiausaha Negara, John Kerry, tiba di Amerika Syarikat (AS) dengan pesawat...

Chuan Leong Sumbangkan Pingat...

PHNOM PENH : Selepas hampir dua hari lesu tanpa sebarang kilauan pingat emas...

Badan Dipenuhi Cacing Selepas...

CHINA – Kepada penggemar sushi, berhati-hati ketika menikmati makanan kegemaran anda ini.Ini kerana...

Biro Disiplin AMK Sahkan...

BIRO Disiplin Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia mengesahkan penahanan anggota Majlis Pimpinan Pusat...

Bimbang Dimarahi Baju Kotor, Remaja Dikhuatiri Lemas

KUANTAN – Hanya kerana bimbang dimarahi akibat baju kotor, seorang remaja dikhuatiri lemas selepas terjatuh semasa cuba membasuh bajunya di Sungai Kuantan, berhampiran kawasan perumahan Sungai Isap Damai di sini.

Mangsa Alif Lukman Hakim Azman, 13, yang tidak tahu berenang dikatakan terjatuh sekitar pukul 5.30 petang semalam, di hadapan beberapa rakannya yang sedang mandi di sungai yang terletak bersebelahan kebun pisang.

Rakannya Hadi Raiyatudin, 10, berkata mangsa bimbang dimarahi bapanya kerana bajunya kotor selepas tergelincir ke dalam parit semasa cuba membetulkan mata kail yang tersangkut semasa memancing.

“Dia (Alif Lukman Hakim) berdiri di tunggul kayu di sungai sebelum terjatuh. Dia cuba tarik tangan saya menyebabkan saya tenggelam. Saya hampir lemas dan terlepas tangan mangsa sebelum lihat dia hilang,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Hadi berkata beliau dan beberapa rakan lain segera menyusuri tebing sungai mencari mangsa, namun tidak berjaya menyebabkan mereka ke rumah mangsa untuk memaklumkan kepada keluarganya.

Mereka kemudian kembali semula ke lokasi kejadian pada pukul 6.30 petang dan memaklumkan perkara itu kepada pemilik kebun pisang Abdul Halim Abd Mutalib, 60, bagi meminta pertolongan beliau untuk mencari mangsa.


“Saya melihat beberapa kanak-kanak berulang alik di tebing sungai dalam keadaan resah tapi tidak tahu ada yang lemas. Tapi semasa diberitahu, tempoh mangsa hilang sudah agak lama,” kata Abdul Halim.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang merupakan pelajar Maahad Bahasa Arab dan al-Quran (MABIQ) di sini, dimulakan pada pukul 6.40 petang semalam.

Operasi ditangguhkan pada pukul 10 malam ekoran keadaan gelap dan air keruh sebelum disambung semula pada pukul 7 pagi ini, melibatkan kawasan seluas 10 kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat.

“Operasi melibatkan 126 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam dan tiga pasukan penyelam skuba, badan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk kampung,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • lemas

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori