Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Petani Alami Kerugian Sawah...

BAGAN SERAI - Lebih 100 petani di Kampung Parit Haji Ali, Teluk Medan...

Bangkit Isu Hidup Mewah:...

KUALA LUMPUR - Presiden Wadah Pencerdasan Umat, Ahmad Azam Abdul Rahman mendedahkan tentang...

Hala Tuju Baharu RMK11...

KUALA LUMPUR — Kerajaan sedang merangka hala tuju baharu Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11)...

Amaran Ribut Petir Di...

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan lima buah...

Remaja Menangis Teresak-Esak Didenda Akibat ‘Wheelie’

KUALA LUMPUR – Seorang remaja lelaki hari ini menangis teresak-esak di Mahkamah Trafik di sini selepas dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM5,500 setelah mengaku bersalah menunggang motosikal secara berbahaya dengan melakukan aksi ‘wheelie‘.

Majistret Noorul Fhaiez Mohd. Nayan juga menasihati Muhamad Aiman Syafiq Mohd Azmi, 18, supaya jangan melakukan lagi kesalahan tersebut.

Sepanjang prosiding kes, Muhamad Aiman Syafiq kelihatan menangis termasuk ketika dia merayu untuk dikenakan hukuman ringan.

Operator kilang ini didakwa menunggang motosikal secara melulu dan membuat aksi ‘wheelie’ yang membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain di Jalan Raja Laut di sini pada pukul 12.40 pagi 21 Ogos lepas.

Di mahkamah sama, seorang lagi remaja Muhammad Faris Abu Kassim, 18, dipenjara tiga hari serta denda RM5,500 selepas mengaku bersalah turut melakukan kesalahan sama dengan membuat aksi ala ‘Superman’ di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang di sini pada 3.30 pagi 27 Ogos lepas.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara terhadap Muhammad Faris yang bekerja sebagai jurujual barangan elektrik dan Muhamad Aiman Syafiq bermula hari ini dan memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda itu.

Mereka bagaimanapun membayar denda berkenaan.


Mahkamah turut memerintahkan lesen memandu kedua-duanya dibatalkan dan mereka hilang kelayakan memohon dan memiliki lesen memandu selama dua tahun.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda sehingga RM15,000 serta hilang kelayakkan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun dan lesen memandu percubaan dibatalkan.

Mengikut fakta kes, kedua-dua mereka ditahan dalam operasi ‘Ops Samseng Jalan Raya’ yang dijalankan di sekitar Kuala Lumpur.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Hashimah Hashim manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori