Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Israel Akur Henti Guna...

BAITULMAQDIS - Israel akhirnya menghentikan penggunaan pengesan logam di pintu masuk Masjid al-Aqsa,...

MAS Semak Semula Yuran...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines (MAS) mengumumkan, semakan semula struktur yuran bagasi berlebihan...

Tak Perlu Paksa Mukhriz...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir tidak...

Punca Pelakon Filem Batman...

LOS ANGELES ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Å“ Pelakon Christian Bale mengejutkan peminatnya apabila dia mendedahkan penurunan berat...

Rezeki Bayi Marrybrown Dapat Parti Birthday Free 12 Tahun

‘Bayi Marrybrown’ bakal menikmati majlis hari jadi percuma bersama-sama rakan dan saudara-maranya di mana-mana cawangan restoran makanan segera itu sehingga mencecah usia 12 tahun.

Hadiah istimewa tersebut diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Marrybrown, Datuk Joshua Liew susulan berita seorang surirumah,ƂĀ Nur Haslina Abdul Halim melahirkan anaknya itu di restoran berkenaan kelmarin.

“Ia adalah satu rahmat untuk kami (Marrybrown) kerana secara kebetulan ibu saya sendiri, Datin Nancy Liew yang juga sebagai pengasas kepada rangkaian restoran ini dilahirkan pada 2 Oktober.

“Memandangkan bapa bayi pun berasal dari Johor, maka Marrybrown Johor akan menganjurkan sambutan besar-besaran menyambut ‘Baby Marrybrown’ apabila mereka kembali ke Johor bertemu saudara-mara,” kata Joshua.

Nur Haslina, 29, mendapat perhatian luas media tempatan apabila dilaporkan selamat melahirkan anak keduanya itu di salah sebuah restoran Marrybrown di Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah pada 2 Oktober.

Pada hari kejadian, dia dan suaminya, Mohd. Lufti Hussein serta anak lelaki mereka, Muhammad Aqhar yang berusia satu tahun, sedang makan malam di restoran tersebut sebelum mendapati air ketubannya pecah.

marrybrown_baby2

Pasangan dari Kulim itu yang mendirikan rumahtangga pada 2011,ƂĀ bernasib baik kerana Pengurus Marrybrown Aman Jaya, Shahrizal Daud yang juga ibu kepada lapan orang anak cepat bertindak mengawal keadaan.


Selain itu, seorang jururawat klinik swasta yang secara kebetulan berada di lokasi kejadian tampil menghulurkan bantuan sebelum ketibaan pasukan petugas perubatan dari sebuah hospital awam berhampiran.

Pada kira-kira pukul 11.10 malam, bayi perempuan seberat 2.59 kilogram berkenaan selamat dilahirkan sebelum mereka dibawa pula keƂĀ Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani untuk tindakan susulan.

Sementara itu, Mohd. Lufti, 33, ketika menceritakan detik cemas yang dilalui oleh isterinya itu turut mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang telah membantu termasuk bantuan pantas daripada Shahrizal, 43.

“Kami berada di pusat beli-belah tersebut untuk membeli beberapa barangan bayi dan kemudian turun pula ke Marrybrown untuk makan. Namun semasa makan, Nur Haslinah berkata dia berasa tidak selesa.

“Saya rancang untuk menghantarnya ke hospital selepas kami selesai makan tetapi nampaknya anak perempuan saya tidak sabar… Saya berterima kasih atas bantuan semua pihak,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc.HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori