Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

SPRM ‘Berkunjung’ Lagi Ke...

KUALA LUMPUR — Sekumpulan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkunjung lagi ke...

Pelajar Sambut Hari Jadi...

SHAH ALAM - Seorang pelajar dalam video tular yang ‘merelakan’ diri dipukul ketika...

Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja...

KUALA LUMPUR - Kemelut politik yang melanda negara nampaknya belum menemui noktah.Episod demi...

‘Penyangak’ Cari Mangsa Dalam...

AWAS... Perkongsian seorang netizen yang menggunakan akaun Facebook Surur Ghazali nyata mencemaskan ramai...

RM20 Caj Kenderaan Asing Masuk Melalui Johor

PUTRAJAYA – Bermula 1 Nov ini, semua kenderaan persendirian dengan nombor pendaftaran asing memasuki Malaysia melalui Johor akan dikenakan bayaran caj jalan raya (RC) sebanyak RM20.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sistem RC akan diaktifkan di dua laluan masuk darat di Johor iaitu di Tambak Johor dan Link Kedua.

Menurutnya, bayaran tersebut akan dikutip setiap kali kenderaan asing memasuki negara ini melalui sistem kad ‘Touch n’Go’.

“Langkah awal kutipan ini hanya melibatkan kenderaan asing sahaja dan tidak termasuk motosikal dengan nombor pendaftaran asing,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Liow menggesa semua pemilik kenderaan asing supaya mendaftarkan maklumat kenderaan masing-masing dengan sistem Permit Masuk Kenderaan (VEP) bagi memastikan kelancaran aliran masuk ke Malaysia sebaik sahaja sistem itu dilaksanakan.

“Tidak boleh kelirukan dengan RC, sistem VEP adalah sistem pendaftaran kenderaan secara automatik dan ia adalah sebahagian daripada usaha berterusan oleh kerajaan Malaysia bagi meningkatkan pemantauan dan kawalan sempadan.


“Ia juga adalah proses mengumpul data kemasukan kenderaan yang boleh diguna pakai untuk perancangan strategik, pengurusan dan tujuan penguatkuasaan secara berkesan,” katanya.

Liow berkata pada awalnya, pelaksanaan RC dan kemudian sistem VEP hanya melibatkan kenderaan asing di dua laluan masuk di Johor sebelum diperluaskan secara berperingkat di kesemua 12 laluan pintu masuk negara.

Kementerian Pengangkutan akan menyediakan maklumat terkini dan pengumuman tarikh pelaksanaan sistem VEP nanti, katanya.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori