Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Terpaksa Mengaku! Kalau Tidak,...

STRATEGI membakar api perkauman untuk menghasut pengundi Cina keluar mengundi pada PRK Sungai Besar...

“Sayang PH, Undilah PAS”...

"KALAU sayang Pakatan Harapan (PH), undilah PAS," itulah rayuan terakhir calon PAS, Dr....

Jumlah Mangsa Banjir Di...

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir kilat di Kedah sehingga 12 tengah hari...

Pendidikan Setengah Juta Kanak-kanak...

AMMAN - PesuruhjayaAgensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA)...

Roslan Shah Kerugian RM5K Bagasi Dirompak

PELAKON kelahiran Singapura, Roslan Shah atau selesa membahasakan dirinya sebagai Che Lan baru-baru ini ditimpa musibah apabila dirompak ketika berhenti di sebuah restoran di ibu kota.

Menurut laman BH Online, penghibur berusia 46 tahun itu kerugian RM5,000 apabila bagasi yang diletakkan di dalam but kereta di Taman Melati.

Tambah laman itu, antara barangan milik Che Lan yang hilang adalah beberapa barangan berjenama seperti empat jam tangan, tali pinggang dan cincin serta beberapa helai pakaian.

Roslan Shah Kerugian RM5K Bagasi Dirompak

Difahamkan pada hari kejadian, Che Lan baru sahaja pulang dari Singapura dan berhenti di sebuah restoran di Taman Melati untuk berjumpa rakan.

“Habis semua barang-barang bernilai saya lesap. Mujurlah beg berjenama mewah dan pasport yang diletakkan di tempat duduk belakang tidak diambil,” katanya kepada BH Online.

Pun begitu, Che Lan Pasrah dengan kejadian yang menimpa dan dia tidak membuat laporan polis. Baginya meskipun laporan dibuat, belum tentu barang yang dicuri itu dipulangkan semula.

Dalam pada itu, Che Lan juga tidak menafikan bahawa dia trauma dengan kejadian yang berlaku dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

“Pihak polis pun ada memberitahu lokasi itu memang menjadi tumpuan jenayah rompakan.


“Saya trauma dengan kejadian ini. Ia turut membuatkan saya lebih berhati-hati untuk menyimpan apa-apa barang di dalam kereta,” ujarnya.

Roslan Shah Kerugian RM5K Bagasi Dirompak

Nasib malang yang menimpa Che Lan turut dirasai oleh peminat-peminatnya apabila pelakon ini membuat naik kisahnya di laman Instagram peribadinya.

Rata-ratanya menyeru agar Che Lan bersabar dengan apa yang berlaku dan mendoakan yang terbaik buat pelakon ini.

“Tak apa @realroslanshah mungkin ada rezeki lagi besar Allah bagi nanti,” tulis zatymohdsini.

Manakala bungayasmien @realroslanshah “sabar cik lan… Ada hikmah apa yang jadi..InsyaAllah, Allah ganti dengan rezeki yang lain.” – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori