Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Guna Susu Badan Untuk...

SEORANG ibu telah mengejutkan ramai apabila dia mendedahkan telah menggunakan susu badan untuk...

Muhyiddin Kini Ibarat ‘Duta’...

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus menerus...

PRN: Adenan Bayang Jawatan...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak,ƃā€šĆ‚Ā Tan Sri Adenan Satem membayangkan 'habuan' besar bakal menanti...

MB Selangor Umum Portfolio...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini...

Rumah Komuniti Jadi Contoh Kerajaan Bina Rumah Rakyat

BESUT – Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) mencadangkan Program Rumah Komuniti yang dilaksanakan di daerah Besut dijadikan contoh oleh kerajaan bagi membina Rumah Rakyat di negara ini.

Presiden PAM, Ar. Dr. Mohd Zulhemiee An berkata Rumah Komuniti yang dibina di Besut bukan sahaja murah malah dapat dibina dalam masa yang singkat, berkualiti tinggi serta dijamin ciri-ciri keselamatannya.

Katanya, Program Rumah Komuniti diyakini dapat menyelesaikan isu rumah untuk rakyat di negara ini yang mana perangkaan menunjukkan hanya 40 peratus sahaja daripada rakyat memiliki rumah sendiri manakala selebihnya masih menyewa.

“Dengan teknologi yang diguna pakai dalam Program Rumah Komuniti ini ianya dapat membantu kerajaan menyediakan rumah untuk rakyat dengan menjimatkan kos dan masa (pembinaan),” katanya pada Majlis Penyerahan dua buah Rumah Komuniti di Kampung Pasir Akar, Hulu Besut oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, di sini, semalam.


Mohd Zulhemiee berkata PAM bersedia untuk membantu kerana sistem binaan yang diguna pakai dalam projek Rumah Komuniti boleh diperbaiki untuk pembinaan rumah dalam skala yang lebih besar.

Setakat ini, sebanyak 48 buah Rumah Komuniti dibina di daerah Besut menggunakan Sistem Pembangunan Industri (IBS) yang bukan sahaja mampu disiapkan dalam masa 20 hari, malah teknologi yang digunakan membolehkannya tahan gegaran dan selamat daripada tiupan angin kencang selaju 20km sejam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori