Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Habitat Dugong Tetap ‘Ikon’...

PULAU SIBU - Jabatan Taman Laut Malaysia Negeri Johor (JTLMNJ) optimis dalam usaha...

Eksekutif Sumber Manusia Ditipu...

MIRI - Seorang eksekutif sumber manusia di sini menjadi mangsa terbaharu ‘Parcel Scam’...

Nama Terpanjang, Popular Dalam...

PUTRAJAYA - Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah binti Airol Anizam adalah...

Penjawat Awam N.Sembilan Dapat...

SEREMBAN - Seramai 3,800 orang penjawat awam negeri ini bakal menerima bantuan khas...

RUU Pembangunan PKS Dijangka Ke Parlimen Tahun Depan

KUCHING – Rang Undang-Undang (RUU) Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tidak dapat dibentangkan di Parlimen tahun ini kerana perundingan dengan pihak-pihak berkepentingan di negeri-negeri masih belum selesai.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata RUU itu mungkin akan hanya dapat dibawa ke persidangan Parlimen pada pertengahan tahun depan.

Beliau berkata RUU itu diusahakan sebagai manifestasi keseriusan kerajaan menjadikan pembangunan PKS sebagai agenda penting negara, dan banyak negara maju sudahpun memiliki RUU sedemikian khusus bagi memelihara PKS mereka.

“Kami sudah buat 25 konsultasi di seluruh negara, termasuk tiga di Sarawak dan akan tengok jika perlu kita akan teruskan lagi sesi konsultasi ini,” katanya dalam persidangan media selepas menghadiri sesi Town Hall PKS Sarawak bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, di sebuah hotel di sini hari ini.

“Ini kerana kita rasa penting untuk tunjuk komitmen kerajaan terhadap RUU ini, agar dapat dimuktamadkan segala bentuk rangka pembangunan, bantuan atau struktur institusi itu. Sekarang ini, ia mungkin berbentuk dasar sahaja, jadi mungkin tidak berapa kemas, RUU ini masih di peringkat kerja sedang dijalankan,” tambahnya.

Beberapa media sebelum ini melaporkan RUU itu dijangka dibentangkan di Parlimen hujung tahun ini.

Terdahulu, dalam sesi Town Hall Mustapa berkata, antara lain RUU itu perlu dalam usaha menyelaras dan menyeragam definisi PKS, memperkasa penyaluran dana pembangunannya, mengumpul data serta maklumat untuk memudahkan penyaluran bantuan, di samping meningkatkan kerjasama Sektor Awam dan Swasta dalam membantu pembangunannya.


Sementara itu, menurutnya berdasarkan kaji selidik suku pertama tahun ini yang dijalankan oleh SME Corp Malaysia, kira-kira 24.5 peratus daripada PKS di Sarawak ketika ini terlibat dalam perniagaan secara dalam talian, manakala tujuh peratus mengeksport produk dan perkhidmatan mereka ke luar negara.

Pada sebelah petangnya Mustapa dijadual melawat syarikat pengeluar ‘ingot’ dan wafer silikon untuk industri solar; Comtec Solar International, yang merupakan anak syarikat Comtec Solar International Ltd, China; di Zon Industri Bebas Samajaya, kira-kira 30km dari sini.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), dengan pelaksanaan projek bernilai RM1.2 bilion, Comtec bakal menjadi kilang terbesar di dunia bagi pengeluaran ingot dan wafer solar monohablur jenis “N” yang berteknologi tinggi.

Syarikat itu mempunyai 409 pekerja, semuanya terdiri daripada rakyat Malaysia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori