Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Gempa Bumi Sederhana Gegarkan...

PETALING JAYA ā€“ Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.3 dilaporkan telah berlaku di Kepulauan...

‘Bawa Uber’ Tanpa Permit,...

SIAPA sangka perkara yang dianggap mungkin gurauan itu boleh berubah menjadi sesuatu yang...

Pesakit COVID-19, PUI, PUS...

PUTRAJAYA - Pesakit COVID-19 yang menjalani kuarantin di kediaman atau di Pusat Kuarantin...

Pasangan Suami Isteri Disemadi...

GEORGE TOWN - Abu mayat pasangan Loh Yan Hwa dan suaminya warganegara Belanda,...

Sabah Sentiasa Usaha Kukuh Tahap Bekalan Makanan Negeri

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah sentiasa berusaha memastikan bekalan makanan di negeri ini terus berada pada tahap yang kukuh dan mantap.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata untuk tujuan itu, kerajaan negeri sentiasa meneliti keperluan untuk meningkatkan keupayaan logistik terutama menyediakan jentera yang mencukupi.

“Ini juga selari dengan usaha kerajaan untuk terus memperkasa pembangunan sektor pertanian kepada pembangunan ekonomi negeri dan kesejahteraan rakyat.

Apa yang penting ialah kerajaan terus berusaha untuk membantu rakyat termasuklah para petani meningkatkan lagi taraf sosio-ekonomi mereka dengan menyediakan pelbagai kemudahan dan insentif,” katanya pada majlis penyerahan jentera pembajak sawah Jabatan Pertanian Sabah di sini hari ini.

Musa turut mengingatkan jabatan berkenaan supaya sentiasa amanah dalam tugas supaya peruntukan dan bantuan sampai kepada rakyat.

Pada majlis yang sama Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, berkata pengeluaran beras di negeri ini hanya dapat menampung 30 peratus daripada keperluan semasa.

Menurutnya, Sabah telah menyasarkan pengeluaran beras mencapai tahap 60 peratus menjelang 2024.


“Peningkatan pengeluaran ini boleh dicapai melalui dua strategi iaitu meningkatkan produktiviti di sawah sedia ada dan menambah keluasan bertanam.

Secara puratanya, hasil padi sawah di Sabah masih rendah iaitu 3.5 tan sehektar,” katanya.

Yahya turut mencadangkan pemilik tanah sawah terbiar membangunkan tanah mereka sama ada secara usaha sama atau disewakan kepada usahawan tani yang berminat sebagai salah satu kaedah meningkatkan keluasan bertanam di negeri ini.

“Bagi pembukaan kawasan baharu pula, kementerian saya sedang mengenal pasti kawasan bersesuaian dan kita juga menyeru pihak swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), terutama estet-estet agar dapat memperuntukkan sehingga 10 peratus daripada tanah mereka bagi pengeluaran tanaman makanan,” katanya.

Pada majlis itu, sebanyak 52 jentera pembajak sawah diserahkan daripada syarikat pembekal MP Machinery (Malaysia) Sdn Bhd kepada Pengarah Pertanian Negeri, Idrus Shafie. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori