Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

IS: Jakim Perang Habis-Habisan...

PETALING JAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melancarkan perang habis-habisan terhadap kumpulan...

Pendigitalan Mahkamah, Mudahkan Proses...

KUALA LUMPUR - Badan Kehakiman negara kini bukan sahaja dalam proses pendigitalan, tetapi...

Berita Baik! Elizabeth Tan...

PENYANYI sensasi tinggi lampai, Elizabeth Tan terlalu terikat dengan jadual kerja sehingga tiada...

Pemandu Teksi Jujur Diambil...

SIKAP jujur seorang pemandu teksi di Filipina telah merubah nasibnya dan keluarga apabila...

Sabah Tak Hadapi Masalah Bekalan Minyak Masak

KOTA KINABALU – Sabah tidak menghadapi sebarang masalah kekurangan bekalan minyak masak serta barangan keperluan kawalan lain untuk memenuhi keperluang pengguna di negeri ini, termasuk pada musim perayaan Deepavali.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sabah, Yahya Sulaiman berkata pihaknya sentiasa memantau bekalan dan stok barangan berkenaan bagi memastikan ia mencukupi untuk keperluan pengguna.

“Di Kota Kinabalu sahaja kita masih ada stok minyak masak sebanyak 191.41 tan metrik. Sejak minggu lepas pun kita telah memantau pemborong di (Sabah) berikutan kejadian (kekurangan bekalan di beberapa negeri) di Semenanjung.

“Trend pengguna di Sabah dan di Semenanjung memang berbeza. Kebanyakan tempat yang kita lawat, bekalan minyak masak dalam paket satu kg memang ada,” katanya kepada pemberita pada Pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Deepavali di Putatan hari ini.

Katanya walaupun stok barangan kawalan sedia ada masih mencukupi sehingga stok berikutnya tiba namun beliau menasihatkan pengguna supaya tidak membuat pembelian panik berasaskan khabar angin.

Mengenai SKHMP Deepavali tahun ini, Yahya berkata 18 jenis barangan disenaraikan di bawah skim itu termasuk ayam, telur ayam, sayuran, barang kering dan daging kambing.


Katanya di bawah skim itu, peniaga diwajibkan menjual barangan itu tidak melebihi harga maksimum yang ditentukan dan meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu bagi membezakannya dengan barangan lain.

Skim kawalan harga berkenaan berkuatkuasa selama 14 hari, bermula dari 19 Okt hingga 1 November iaitu 10 hari sebelum hari perayaan, pada hari perayaan dan tiga hari selepas hari perayaan.

Mengenai tindakan mahkamah di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 terhadap peniaga sejak pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Sabah, Yahya berkata KPDNKK Sabah sudah merekodkan tiga kes di bawah akta itu.

Katanya satu kes telah dibawa ke mahkamah hari ini manakala dua kes lagi dalam proses disiapkan dan diserahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwaraya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori