Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Hukuman Kekal, Permohonan Pengampunan...

Petisyen pengampunan Diraja yang difailkan isteri dan anak Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu...

Kastam KLIA Patahkan Cubaan...

SEPANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) berjaya...

Sultan Brunei Agih Duit...

BANDAR SERI BEGAWAN – Jika di Malaysia kecoh kisah Menteri Besar Kedah, Datuk...

Keluaran Iphone Yang Seterusnya...

BUTANG fizikal Home di bahagian hadapan skrin peranti iPhone telah wujud sejak generasi...

Saingan Sengit Nanti Aksi Cabaran Tambak

SINGAPURA – Anak legenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad pasti menjadi tumpuan dalam perlawanan persahabatan Cabaran Tambak membabitkan dua musuh tradisi bola sepak Singapura dan Malaysia.
Anak lelaki sulung Fandi, Irfan akan beraksi buat kali pertama untuk skuad kebangsaan negaranya dalam perlawanan yang akan berlangsung di Stadiun Nasional, di sini, Jumaat ini.

Memiliki tubuh tegap dengan ketinggian 1.87 meter, Irfan, 19, pemain pertahanan kelab Home United FC dalam Liga Singapura, adalah pemain paling muda dalam skuad itu manakala pemain paling tua adalah Bennett Daniel Mark, 38.

“Saya memilih gandingan pemain muda dan berpengalaman. Kami mempunyai pemain lama seperti Bennett dan Mustafic Fahrudin, yang boleh membimbing pemain muda seperti Iqbal Hussain, M. Anumanthan dan Irfan,” kata jurulatih sementara Singapura, V. Sundram Moorthy.

Dua hari sebelum pertemuan dua musuh tradisi itu, suasana menjelang pertemuan berkenaan jelas berubah menjadi ‘merah’ dengan warna rasmi pasukan tuan rumah tersebut walaupun ia sekadar perlawanan persahabatan.

Malah skuad Singa telah menamakan 25 pemain mereka dengan purata umur 26.8 tahun seawal minggu lepas yang dianggap terkuat menghadapi dua perlawanan persahabatan termasuk menentang Harimau Malaysia pada pukul 8.30 malam Jumaat ini.

Skuad Singa dan Harimau Malaysia, masing-masing akan membuat persiapan terakhir mereka di padang Geylang dan Stadium Bishan hari ini.

Dalam ranking terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa, Harimau Malaysia melonjak sembilan tangga dari tempat ke-167 ke 158 manakala Singapura berada tiga tangga di atas mereka pada kedudukan 155.

Sebagai rekod, pertemuan antara kedua-dua pasukan menyaksikan Malaysia menang 22 kali, Singapura 19 manakala seri 23 kali.

Media tempatan turut menghangatkan pertemuan itu dengan tajuk berita seperti “Jurulatih Malaysia Berhati-hati Dengan Ancaman Singa’.

Akhbar The Straits Times turut menulis: Jurulatih Malaysia, (Datuk) Ong Kim Swee menjangkakan sambutan ‘hangat’ apabila membawa pasukannya ke Stadium Nasional Singapura untuk Cabaran Tambak.


Malah Ong sedar ada 11 ‘singa lapar’ yang mahu membaham mereka, tambah The Straits Times.

Kali terakhir Singapura bertemu Malaysia adalah dalam perlawanan Piala AFF pada Nov 2014 ketika Harimau Malaysia menewaskan mereka 3-1 di Stadium Nasional.

Perlawanan Cabaran Tambak, pertemuan ke-65 antara kedua-dua negara itu, diadakan enam minggu sebelum sepak mula Piala AFF pada 19 Nov ini.

Senarai 25 pemain Singapura:

Penjaga gol: Hassan Abdullah Sunny, Mohamad Izwan Mahbud, Muhammad Syazwan Buhari.

Pertahanan: Baihakki Khaizan, Bennett Daniel Mark, Irfan Fandi Ahmad, Juma’at Jantan, Madhu Mohana, Mohammad Afiq Yunos, Mohammed Faritz Abdul Hameed, Muhammad Hafiz Abu Sujad, Muhammad Shakir Hamzah, Mustafic Fahrudin.

Pemain tengah: Anumanthan Mohan Kumar, Hariss Harun, Mohammad Shahril Ishak, Muhammad Faris Ramli, Muhammad Izzdin Shafiq Yacob, Muhammad Safuwan Baharudin, Muhammad Shawal Anuar, Muhammad Yasir Hanapi, Gabriel Quak Jun Yi.

Penyerang: Mohamad Sahil Suhaimi, Mohamed Iqbal Hamid Hussain, Mohammad Khairul Amri Mohammad Kamal. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori