Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

44 Kereta Dalam Bengkel...

SEREMBAN - Sebanyak 44 buah kereta musnah dalam kebakaran sebuah bengkel di sini...

Kalau Bermasalah, Kenapa Guan...

PEKAN NANAS - Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan Menteri Kewangan, Lim...

Rosliza Gagal Perisytiharan Dirinya...

PUTRAJAYA - Seorang wanita yang mendakwa dilahirkan sebagai anak tak sah taraf kepada...

Mat Razi Janji Jadi...

KOTA BAHARU - Mat Razi Mat Ail, 48, yang menang pilihan raya kecil...

Saksi Tak Mampu Berjalan Kongsi Detik Diselamatkan

INSIDEN kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, Johor yang berlaku jam 8.56 pagi tadi telah menyebabkan enam orang pesakit terkorban.

Kejadian tersebut dipercayai berpunca akibat litar pintas di wad ICU bahagian selatan bangunan hospital itu.

Seorang pesakit,  Natinah Denan, 63, sempat menceritakan detik mencemaskan ketika kebakaran itu berlaku.

Menurut Natinah, dia yang tidak mampu berjalan merupakan pesakit terakhir yang diselamatkan dari wad tingkat empat.

Katanya, ketika kejadian, dia sedang berehat selepas makan sarapan pagi sebelum secara tiba-tiba asap memenuhi ruang bilik di tingkat empat.

Jelasnya, kejadian berlaku dalam sekelip mata dan semua pesakit diminta turun ke bawah untuk menyelamatkan diri.

Saksi Tak Mampu Berjalan Kongsi Detik Diselamatkan

Saksi Tak Mampu Berjalan Kongsi Detik Diselamatkan

Saksi Tak Mampu Berjalan Kongsi Detik Diselamatkan

“Saya yang mendapatkan rawatan di wad Neurologi Timur 4 tidak tahu mahu buat apa kerana tidak mampu berjalan selepas pembedahan pembuangan nanah di pinggang.


“Biarpun cemas, saya sempat menghubungi anak kerana khuatir ditimpa kejadian tidak diingini.

“Saya bersyukur kerana doktor dan jururawat membantu saya,” katanya.

Anaknya, Nurasakila Tukiman, 28, yang ditemui media turut meluahkan rasa lega setelah mendapati ibunya dalam keadaan selamat.

“Saya hanya mampu berdoa kepada Allah agar menyelamatkan nyawa ibu selepas mendapat panggilan dari ibu kira-kira 9 pagi,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori