Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

BN Bentuk Kabinet Bayangan...

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) telah membentuk kabinet bayangan untuk setiap kementerian...

Kantoi Playboy, Datuk Red...

DATUK Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red yang sedang mencetus sensasi...

Doktor Kontrak Tak Mogok...

KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menjelaskan tiada mogok doktor kontrak di kemudahan...

YBR Iktiraf 25 Graduan...

KUALA LUMPUR - Yayasan Bank Rakyat (YBR) hari ini meraikan 25 pelajar cemerlang...

Samatha Andra Ratu Kebudayaan Bengoh 2016

KUCHING – Pelajar universiti tempatan, Samatha Andra Razak, 20, dari Siburan menewaskan sembilan peserta akhir untuk meraih gelaran Ratu Kebudayaan Bengoh 2016.

Beliau membawa pulang wang tunai RM1,500 serta piala, manakala tempat kedua juga dimenangi pelajar universiti Amanda Dismon @ Desmond dari Singhai, Bau yang membawa pulang RM1,000 wang tunai dan trofi, sementara tempat ketiga dimenangi Winona Nathasa Banjos dari Kampung Mundaú, Padawan, membawa pulang RM500 serta trofi.

Datin Lee Chai Foong, isteri Menteri Muda Kesihatan Awam Sarawak, Datuk Dr. Jerip Susil dan Ratu Kebudayaan Bengoh tahun lepas Fiona Wilson menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Pertandingan ini diadakan bersempena Festival Kebudayaan Bengoh selama tiga hari bermula Jumaat lepas di Skim Penempatan Semula Bengoh (BRS), Jalan Puncak Borneo, kira-kira 44 km dari Kuching.


Sementara itu Creative Art Club dinobatkan sebagai juara pertandingan pukulan gong dan tarian tradisional, membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan trofi manakala Revolverino dari Siburan diumumkan juara bagi pertandingan kugiran, ‘Battle of the Band’.

Jerip dalam ucapan penutupnya semalam berkata festival itu akan terus diadakan pada tahun depan dalam skala yang lebih besar, termasuk penganjuran cabaran pacuan empat roda, bagi membuka peluang perniagaan kepada masyarakat setempat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori