Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

2 Lelaki Ditahan Cuba...

TAWAU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau menahan dua lelaki tempatan dan...

Dua Remaja Maut, Motosikal...

SEREMBAN — Dua remaja maut selepas motosikal yang dinaiki terlibat kemalangan dengan sebuah...

‘Mat Saleh’ Jadi Tumpuan...

MEMILIKI raut wajah seperti Mat Saleh, seorang lelaki menjadi tumpuan orang ramai yang...

Bayi Premature Ini Dulu...

LAPAN bulan lalu, ramai doktor di Britain sendiri menjangka seorang bayi pra-matang bernama Millie...

Sambutan Hari Keputeraan Sultan Perak Pada 4 Nov

IPOH – Hari Keputeraan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah tahun ini akan disambut pada 4 Nov depan, kata Setiausaha Kerajaan negeri Perak Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Beliau menjelaskan, Sultan Nazrin semasa Majlis Mesyuarat Dewan Negara Perak kali Ke-164 pada 20 Nov tahun lalu bertitah agar tarikh perayaan ulang tahun baginda mulai tahun ini hendaklah diraikan pada Jumaat minggu pertama setiap bulan November.

“Perkara ini telah diambil tindakan semasa pewartaan Hari-Hari Kelepasan Am Negeri Perak bagi tahun 2016 melalui pemberitahuan Warta Kerajaan Nombor 3653 bertarikh 31 Dis 2015,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan dikeluarkan berikutan terdapat kekeliruan dalam kalangan orang ramai memandangkan terdapat kalendar yang meletakkan 27 Nov sebagai cuti umum sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Perak. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori