Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Raja Muda Perlis Nasihat...

KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan rakyat hanya...

Disangka Cuba Bunuh Diri,...

PETALING JAYA – Kerana disangka cuba membunuh diri, seorang wanita ‘diselamatkan’ oleh anggota...

COVID-19: 3 Lagi Sekolah...

KUALA TERENGGANU - Tiga lagi sekolah rendah di Terengganu diarah tutup selama tujuh...

Kak Hassanah Kini Trending,...

NAMA seorang wanita yang dikenali sebagai 'Kak Hassanah' kini menjadi trending di media...

“Saya Tidak Berminat Melayan Salakan Anjing Sesat”

KUALA LUMPUR – “Saya mengarahkan pemain-pemain tersebut pulang kerana pemain-pemain muda ini adalah aset kelab kami. Kami yang membayar gaji mereka dan kami akan melakukan apa sahaja untuk mengawal keselamatan aset kami ini dan menjaga kepentingan kami”

Demikian titah pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjawab kritikan dilemparkan ke atas baginda kerana memanggil pulang pemain JDT II dari skuad kebangsaan, tetapi pada masa sama membenarkan dua pemain import JDT II dari Singapura menyertai kem latihan pusat skuad negara berkenaan.

Titah Tunku Ismail, baginda membenarkan dua pemain import JDT II terbabit melaporkan diri awal dengan kem latihan pusat pasukan Singapura kerana mereka adalah pemain senior dan tidak menjadi sebahagian daripada projek JDT pada masa depan.

“Saya mengucapkan terima kasih atas dedikasi dan profesionalisme mereka. Berkenaan Hariss Harun, saya berpeluang bercakap dengan jurulatih kebangsaan Singapura dan meminta Hariss melaporkan diri pada Oktober. Sundramoothy memberitahu saya bahawa ia tidak menjadi masalah.

“Amat menyedihkan untuk mengatakan bahawa saya mempunyai hubungan yang lebih baik dengan badan induk bola sepak dan kelab-kelab dari seluruh dunia berbanding dengan di negara saya sendiri. Saya tertanya-tanya mengapa?” titah baginda dalam Facebook rasmi JDT hari ini.

Tunku Ismail dalam pada itu bertitah berasa kecewa dengan beberapa agensi media sukan Malaysia kerana mensensasikan isu-isu yang negatif mengenai JDT selama berminggu-minggu tetapi projek-projek positif JDT hanya mendapat liputan media asing.

“Kami di Johor sudah biasa dengan layanan seperti ini. Tiada masalah.
Mereka yang hanya pandai bersembunyi di sebalik papan kekunci mengatakan bahawa saya selalu berfikir yang saya sentiasa betul. Mereka silap. Saya tidak memikirkannya. Saya tahu bahawa saya betul,” sindir baginda.


Baginda turut membidas individu tertentu yang menulis sesuatu tentang baginda baru-baru ini sedangkan baginda menegaskan tidak mengenali dan mengacau hidup mereka.

“Individu tersebut dulu kononya menghentam kerajaan, tetapi apabila di’suap’ terus berpaling tadah,” titah baginda.

Tunku Ismail turut memuat naik ayat berikut:

ULAR TIDAK LAGI MENDESIS… MEREKA MEMANGGIL KAMU KAWAN, ABANG DAN SAHABAT. SAYA TIDAK BERMINAT UNTUK MELAYAN SALAKAN ANJING YANG SESAT. IA HANYA MENYALAK SELEPAS MENERIMA ARAHAN DARI PEMILIKNYA. SAYA CADANGKAN KEPADA PEMILIKNYA AGAR MEMASANG PENUTUP MUNCUNG ANJING ITU KERANA SALAKANNYA PADA ORANG YANG SALAH BOLEH MENGGANGGU SENSITIVITI BEBERAPA PIHAK DAN IANYA AKAN MEMBAWA PADAH. – Mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • TMJ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori