Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ustaz Nurul Kamal Sempat...

Manjung: Imam Masjid As-Siddiq, Seri Iskandar Ustaz Nurul Kamal Zulkarnain, sempat membisikkan iqamat...

Rasuah Dalam Kalangan Penjawat...

SHAH ALAM – Penglibatan kakitangan awam dalam kegiatan rasuah dalam tempoh lima tahun...

Bekas Guru Cerita Muka...

BEKAS guru Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad berkongsi...

Allahyarham Ja’afar Onn Wira...

SHAH ALAM - Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan bekas Timbalan...

Sedia Bincang Dengan Orang Asli Isu Hutan Simpan Kekal

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan sedia mengadakan perbincangan dengan masyarakat Orang Asli berhubung tuntutan masyarakat itu yang mahu 19,720 hektar tanah di Hutan Simpan Kekal Balah di Gua Musang diwartakan.

Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata pihaknya bersedia membuka pintu rundingan terhadap apa sahaja tuntutan masyarakat berkenaan, namun ia perlulah dilakukan menerusi saluran yang betul.

“Kalau mereka bersedia kita tetapkan tarikh, saya tiada masalah. Tapi datang dengan cara yang betul,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Pendidikan Tinggi Kelantan di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan Zahari Ibrahim hari ini dipetik sebagai berkata masyarakat Orang Asli di Gua Musang meminta kerajaan negeri mewartakan kawasan di Hutan Simpan Kekal Balah seluas 19,720 hektar termasuk sebahagian konsesi Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) dan Hutan Simpan Kekal sebagai tanah adat mereka.

Zahari turut dilaporkan sebagai berkata pihaknya juga dalam usaha mewartakan seluas 937 hektar kawasan di Pos Gob yang terletak dalam kawasan Hutan Simpan Kekal Balah sebagai tanda menghormati masyarakat tersebut walaupun tanah berkenaan berstatus hutan simpan.

Mengulas lanjut, Mohd Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Tanah dan Sumber Asli Kelantan berkata masyarakat tersebut pernah menghantar memorandum kepada kerajaan negeri sebelum ini dengan sebahagian daripada permintaan mereka telah ditunaikan.


“Contohnya ada memorandum dulu yang dihantar (oleh masyarakat Orang Asli) dan saya ada baca. Dia (masyarakat Orang Asli) nak satu keluarga dapat 50 ekar (20 hektar) seorang jadi saya rasa ini besar juga jumlahnya. Jadi mungkin sukar untuk kerajaan timbang sebab kerajaan pun ada pertimbangan untuk pembangunan dan sebagainya.

“Kelantan telah meluluskan beberapa rizab untuk Orang Asli ini…kita dah buat dan kita (juga) ada perancangan pembangunan untuk Orang Asli melalui Yayasan Tok Kenali, bukan kita ketepikan (hak mereka),” katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan masyarakat Orang Asli dihasut supaya menghalang kerja-kerja pembalakan di kawasan tersebut, Mohd Amar berkata kerajaan negeri menyerahkan perkara tersebut kepada polis.

“Saya difahamkan polis akan siasat benda ini. Kalau ada yang menghasut itu satu tindakan yang tak bertanggungjawab. Pembalak ini dia buat kerja dengan lesen, dia tak buat secara haram,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori