Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Kementerian Pengangkutan Digesa Kawal...

KOTA KINABALU - Kementerian Pengangkutan digesa mengawal ketat harga tiket penerbangan antara Sabah,...

Mahkamah Keluar Waran Tangkap...

PUTRAJAYA - Mahkamah Sesyen di sini, hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap ahli...

Pemandu Grab Cederakan Isteri...

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu Grab mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Siasatan Menyeluruh Ke Atas...

KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata...

Selangor Mampu Kekal Piala Malaysia – Azmin

DENGKIL – Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin pasukan bola sepak Selangor mampu menewaskan Kedah dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Ahad ini.

Beliau berkata selain prestasi The Red Giants yang sedang memuncak, keyakinan untuk mengekalkan piala dimenangi musim lalu itu turut dinyatakan Ketua pasukan Muhammad Shahrom Kalam dalam pertemuan mereka minggu lepas.

“Saya sendiri melihat latihan mereka lalui, dan Insya-Allah dengan semangat, komitmen, dan fokus dijanjikan, Piala Malaysia akan terus kekal di bumi
Selangor,” katanya.

Mohamed Azmin yang juga Presiden Persatuan Bola sepak Selangor (FAS) ditemui pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan kunci rumah kepada 83 peserta rancangan pembesaran Kampung Jenderam Hilir Fasa Satu di Taman Jenderam Murni di sini.

Selangor sebagai juara bertahan mara ke pusingan akhir selepas menang dengan agregat 5-1 ke atas T-Team, manakala Kedah menewaskan Polis Diraja Malaysia(PDRM) dengan agregat 2-1 pada aksi separuh akhir.

Aksi pusingan akhir antara Selangor dan Kedah diibaratkan ulangan perlawanan akhir musim lalu yang dimenangi pasukan Merah Kuning dengan jaringan 2-0.

Mengenai imbuhan jika Selangor muncul juara, Mohamed Azmin berkata perkara itu hanya akan diumumkan sewaktu pertemuan beliau bersama pemain malam ini.


Beliau turut memuji impak yang dibawa pengendali sementara, K.Gunalan yang memacu Selangor ke perlawanan akhir walaupun mengambil alih tugas sebagai jurulatih ketika prestasi pasukan tidak menentu.

Disoal mengenai kedudukan Gunalan jika berjaya membawa Selangor merangkul kejuaraan, Mohamed Azmin berkata ia akan ditentukan secara bersama antara beliau, pemain dan ketua pasukan selepas saingan Piala Malaysia berakhir.

“Pandangan saya bagi pemain, ketua pasukan amat penting kerana mereka yang menentukan keutuhan sesuatu pasukan melalui hubungan baik bersama jurulatih yang dipilih,” katanya.

Gunalan, bekas pemain pertahanan Selangor era 90-an, dilantik mengemudi pasukan negeri menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia pada awal Ogos lepas, menggantikan Zainal Abidin Hassan yang ditamatkan kontrak. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori