Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PRK: Calon PAN Dakwa...

KUALA KANGSAR - Setelah dikritik hebat sebagai boneka DAP dalam komponen Pakatan Harapan,...

4,543 Kes Covid-19 Hari...

PUTRAJAYA – Sebanyak 4,543 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah pesakit Covid-19...

Malaysia Dijangka Sambut Hari...

PUTRAJAYA - Umat Islam di seluruh negara dijangka menyambut Hari Raya Aidiladha pada...

Insiden Jilat Donut ,...

SUSULAN insiden tak matang penyanyi kecil molek, Ariana Grande, yang bertindak menjilat donut...

‘Selipar’ Jadi Punca Tragedi 3 Penuntut IPTA Lemas

HANYA kerana mahu mengambil selipar yang terjatuh di dalam lubuk air, tiga penuntut universiti tempatan menemui ajal di kawasan rekreasi Air Terjun Lubuk Jepun, Batu 16, Gombak, pagi tadi.

Tiga penuntut berkenaan, Muhammad Abdullah, 22, Azrul Hisham Azman, 27 dan Mohd Shazwan Rahim, 27, masing- masing dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Difahamkan, Muhammad adalah penuntut tahun tiga jurusan Ilmu Wahyu di UIAM, Azrul Hisham adalah seorang pengajar dan bekas pelajar UIAM manakala Mohd Shazwan merupakan penuntut sarjana di USIM.

Ketiga-tiga mangsa dikatakan ke kawasan air terjun kira-kira jam 10.40 pagi bersama tiga rakan lain untuk beriadah.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila seorang mangsa cuba mengambil seliparnya yang terjatuh ke kawasan lubuk tetapi tergelincir.

Menurutnya, dua lagi rakan mangsa yang cuba membantu turut terjatuh di pusar air sedalam empat meter.


“Mangsa dan dua rakannya lemas dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, mayat ketiga-tiga mangsa dibawa naik oleh orang awam kira-kira jam 11.50 pagi sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori