Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Manfaatkan Perkhidmatan Digital HASiL

Malaysia sedang menuju kepada sebuah negara tanpa tunai di mana urusan kewangannya termasuk...

Pejabat DBKL Di Segambut...

KUALA LUMPUR – Pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Cawangan Segambut yang sebelum...

15 Kes Baharu Covid-19...

MALAYSIA mencatatkan 15 kes baharu positif Covid-19 sehingga jam 12 tengah hari ini...

K’jaan Usaha Bendung Belia...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengambil pendekatan terbaik bagi mengawal dan mencegah belia...

Semua Anak Kapal Women’s Boat To Gaza Selamat

PENGERUSI MyCare, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor mengesahkan kesemua 13 anak kapal dan anggota misi kemanusiaan ‘Women’s Boat To Gaza (WBG) yang berada di atas kapal Zaytouna-Oliva kini berada dalam keadaan selamat.

pixx
PENGERUSI MyCare, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor.

Kapal layar terbabit ditawan tentera Israel pada kira-kira jam 8.50 malam waktu tempatan, semalam.

Kapal Zaytouna-Oliva membawa 13 aktivis wanita pelbagai latar belakang dari 12 negara itu berlepas dari Barcelona, Sepanyol, sejak 21 hari lalu.

Namun, mereka dilaporkan terputus hubungan pada 8.50 malam, kurang 50 batu nautika dari Gaza.

Turut berada dalam kapal berkenaan ialah wakil tunggal Malaysia, Dr Fauziah Mohd Hasan.


Dr Fauziah sangat aktif dalam melakukan aktiviti kemanusiaan, bermula sebagai Bendahari Persatuan Medical Relief Malaysia (MERCY Malaysia) (2000-2006) dan mengambil bahagian dalam misi untuk Kosovo (1999), Maluku Indonesia (2000), Afghanistan (2001, 2002,2003), Aceh (2005), Pakistan (2005) dan Gaza (2009).

Dr. Fauziah adalah perunding di Hospital Pakar Ampang Puteri Kuala Lumpur dan juga anggota lembaga pemegang amanah Humanitarian Care Malaysia (MyCare). – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori