Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Liwat Tidak Berlaku –...

PUTRAJAYA -- Perbuatan liwat di antara penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas...

Sabah Laksana Dasar Lebih...

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri akan terus melaksanakan dasar kukuh dalam usaha membawa...

Jumlah Pekerja Asing Ada...

KUALA LUMPUR - Jumlah pekerja asing di negara ini yang dijangkiti penyakit Tuberkulosis...

Najib Ke Kemuncak Peringatan...

NEW DELHI – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan...

Seorang Maut, 2 Rakan Cedera Kereta Masuk Gaung

KUANTAN – Seorang lelaki maut manakala dua rakannya cedera apabila kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung lalu merempuh sebatang pokok kelapa sawit selepas terbabas di Jalan Besar Jengka 10, Bandar Jengka dekat Maran awal pagi tadi.

Dalam kejadian 1 pagi itu, pemandu kereta itu Yusuf Mohd, 25, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Dua rakan mangsa iaitu penumpang hadapan Abdul Aziz Mohd Sukri, 19, dan penumpang belakang Mohamad Faisal Mohd Sabri, 19, mengalami kecederaan pada bahagian kaki kiri dengan masing-masing menerima tujuh dan lima jahitan.

Ketika kejadian, pemandu berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari Bandar Pusat Jengka untuk pulang ke rumahnya di Jengka 10 bersama dua rakannya itu.

Ketua Polis Daerah Maran, DSP Mat Rizal Mat Radzi berkata kereta berkenaan terbabas semasa tiba di lokasi kejadian selepas melepasi satu selekoh kerana dipercayai terlelap ketika sedang memandu.

“Abdul Aziz yang ketika itu sedang bermain telefon bimbitnya menyedari kereta yang dipandu Yusuf terbabas di bahu jalan sebelah kanan jalan, lalu terus menjerit menyebabkan Yusuf yang dipercayai terlelap terus memaut stereng cuba memasuki jalan semula tetapi gagal.


“Lalu kereta itu menggelongsor dan terjunam ke dalam gaung dan pada masa sama Abdul Aziz membuka pintu lalu terjun sebelum kereta tersebut merempuh sebatang pokok kelapa sawit sehingga menyebabkan kereta itu terputus dua,” katanya kepada Bernama hari ini.

Mat Rizal berkata mayat Yusuf dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat manakala dua rakannya itu mendapatkan rawatan di hospital sama dan telah dibenarkan keluar dari hospital berkenaan selepas diberikan rawatan.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori