Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Tayang Six Pack, Kwang...

FOTO model dan pelakon siri Running Man, Lee Kwang Soo tidak berbaju sehingga...

Video: Pelajar Lelaki Tampar...

SEBUAH video yang memaparkan seorang pelajar lelaki menampar seorang pelajar perempuan di dalam kelas...

Tabiat ‘Gila Gajet’ Tingkat...

KUALA LUMPUR - Memberikan kanak-kanak seawal usia satu hingga enam tahun bermain gajet...

81 Penjawat Awam Bersalah...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 81 pegawai perkhidmatan awam didapati bersalah di bawah tindakan...

Seorang Maut, 20 Cedera Serangan Bom Di Bandar Pattani

PATTANI – Seorang wanita berusia 50-an maut manakala 20 cedera termasuk tiga cedera parah apabila sebutir bom meletup di gerai menjual mee di bandar Pattani kira-kira 7 malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Pattani Kol Piyawat Chalermsi berkata, turut tercedera dalam kejadian letupan bom itu adalah lima kanak-kanak dan warga emas yang sedang menikmati makan malam.

“Bom itu dipercayai diletak di kedai menjual mee ‘Pi Berm’. Skuad pemusnah bom memeriksa kawasan kejadian untuk bom kedua tetapi tidak menemuinya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Semua mangsa telah dikejarkan ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan, katanya, manakala jalan raya berhampiran lokasi kejadian telah ditutup dan kenderaan diarahkan keluar.


Pihak berkuasa Thailand telah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga terhadap sebarang tindakan keganasan termasuk bom kereta sempena ulang tahun ke-12 insiden Takbai esok. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori