Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pegawai Imigresen, Tiga Lelaki...

TAIPING - Seorang pegawai imigresen antara empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Taiping...

SPRM Tahan Bekas Timbalan...

KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas timbalan pengarah sebuah...

Tuah Penjenayah Tampan, Dari...

JEREMY Meeks, 30, dari California, Amerika Syarikat menjadi topik hangat di laman sosial apabila...

Amanah Susun Strategi Promosi...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) sedang giat menyusun strategi ampuh untuk...

Seorang Maut, 4 Cedera Kereta Langgar Pokok

SEREMBAN – Seorang maut, manakala empat lagi cedera apabila kereta yang mereka naiki terbabas dan merempuh pokok di Jalan Paroi-Senawang berhampiran Taman Rashidah Utama, Senawang dekat sini pagi ini.

Dalam kejadian pukul 8.10 pagi itu, mangsa yang maut adalah penumpang yang duduk di sebelah pemandu, dikenali sebagai Fazrul Asyraff, 24, dari Kuala Lumpur.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Mohd Fadzli Jamaludin berkata kelima-lima mangsa termasuk seorang wanita yang berusia antara 18 dan 24 tahun, dikatakan dalam perjalanan ke Rembau apabila kereta itu terbabas dan melanggar pokok di tepi jalan tersebut.

Katanya dua mangsa termasuk seorang wanita mengalami cedera parah manakala dua lagi cedera ringan.


Mohd Fadzli berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada pukul 8.13 pagi.

Menurutnya mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera turut dihantar ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori