Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Operasi Cari Mangsa Feri...

 SEOUL – Tujuh bulan selepas tragedi terburuk dalam sejarah Korea Selatan melibatkan feri...

Rais Yatim Dilantik Speaker...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais...

Penghantar Piza Maut Sebelum...

TELUK INTAN - Seorang penghantar piza maut akibat nahas sebelum sempat menghantar pesanan...

Bajet 2018 Untuk Semua...

PUTRAJAYA - Bajet 2018 yang akan dibentangkan pada 27 Oktober ini bukan sahaja...

Seramai 64 Ditahan Di Bawah POCA Di P.Pinang

GEORGE TOWN – Seramai 64 penjenayah termasuk tujuh pemilik pusat judi di Pulau Pinang ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) sejak Januari hingga semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata daripada jumlah itu, seramai 45 orang merupakan ahli kumpulan samseng yang aktif di negeri ini manakala selebihnya ditahan atas kesalahan berunsur kekerasan dan jenayah harta benda.

“Kesemua lelaki berusia 20 hingga 50 tahun itu ditahan menerusi Op Cantas Khas dan operasi khas yang dijalankan di seluruh Pulau Pinang sejak Januari.

“Polis juga telah kenal pasti lebih 30 lagi penjenayah di negeri ini yang akan ditahan mengikut POCA sehingga penghujung tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas Kejohanan Menembak Piala Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, di sini hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas.

Sementara itu, Abdul Ghafar berkata kes jenayah di Pulau Pinang menunjukkan penurunan sebanyak 294 kes atau 5.4 peratus sepanjang Januari hingga semalam berbanding tempoh sama tahun lepas.


Beliau berkata sebanyak 5,142 kes dilaporkan dalam tempoh itu pada tahun ini berbanding 5,540 kes bagi tempoh sama pada 2015.

“Sejak 2009, indeks jenayah di Pulau Pinang menunjukkan penurunan setiap tahun dan ini adalah hasil polis Pulau Pinang yang melipatgandakan usaha menurunkan kadar jenayah.

“Kejayaan itu juga adalah hasil rondaan dan operasi yang dijalankan polis dengan lebih kerap serta berkala. Selain itu saya turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas kerjasama mereka menyalurkan maklumat,” katanya.

Abdul Ghafar berkata polis turut mempertingkatkan usaha membasmi kegiatan judi dalam talian menerusi beberapa operasi khas dan beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat agar menyalurkannya kepada pihak berkuasa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori