Thursday, January 2, 2025

Creating liberating content

Kebakaran Kilang Dianggar Kerugian...

SIBU - Sebuah kilang perabot dan peralatan pejabat di Jalan Industri Pertama, Taman...

Pastikan Kenali Ubatan Jika...

KUALA LUMPUR – Masyarakat perlu mempunyai pengetahuan berkenaan penyakit dan ubat-ubatan sekiranya ingin...

Pecah Amanah: Bekas Pengurus...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas pengurus akaun dan pentadbiran di sebuah hotel yang...

Budak Desparado Politik Bernama...

KENYATAAN Ketua Armada PBBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sangat lawak. Malah, nada...

Siasat Habis 2 Pegawai Disyaki Terlibat Rasuah

KOTA KINABALU – Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata Kementerian Pembangunan Infrastruktur yang diterajuinya akan menyiasat secara menyeluruh dua daripada pegawainya yang disyaki terlibat dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Beliau berkata kementerian itu akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan kes itu.

Pairin berkata beliau amat terkejut apabila mendengar berita dan gambar penangkapan itu, yang disebarkan di dalam media sosial.

“Saya faham sejumlah RM3.3 bilion projek persekutuan adalah di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, yang bukan dikendalikan kementerian di bawah saya,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata peruntukan itu disalurkan terus kepada Jabatan Air Sabah sebagai agensi pelaksana tanpa pengetahuan kementeriannya.

Menurut beliau pemerolehan projek dan pembayaran dikendalikan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Jabatan Air Sabah.


“Berikutan perkembangan ini, kementerian saya akan membuat kajian dan mencadangkan satu sistem laporan yang sesuai, yang akan melibatkan kementerian (pembangunan infrastruktur),” katanya.

SPRM dilaporkan merampas RM114.5 juta daripada serbuan di pejabat dan rumah tertuduh.

Dalam sidang akhbar Isnin lepas, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata kes itu merupakan kes rampasan terbesar dalam sejarah SPRM melibatkan penjawat awam. -BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori