Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Enam Wartawan The Star...

KUALA LUMPUR - Enam wartawan akhbar The Star muncul sebagai pemenang Hadiah Kajai...

Ahli Peniagaan Tawar Diri...

KOTA BHARU – Pengerusi Kumpulan Secretleaf International Sdn. Bhd., Amir Ramadzan Ibrahim menawarkan...

Hotel Barbie Dapat Sambutan,...

Populariti patung Barbie tidak perlu diperkenalkan lagi, malah permainan ini jadi kegilaan kanak-kanak...

Penganjur Ekspo Tattoo Malaysia...

PIHAK jawatankuasa penganjur Ekspo Tattoo Malaysia 2019 memohon maaf kepada rakyat Malaysia mengenai...

Komunis: Malaysia Bikin Kecoh Pesta Buku Indonesia

JAKARTA – Alkisah empat rakyat Malaysia termasuk dari Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) milik kerajaan ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana buku ‘Manifesto Komunis‘.

Kesemua mereka yang menyertai Pesta Buku Antarabangsa Indonesia ditahan polis dan diminta memberi keterangan di Balai Polis Daerah Metro Jaya. Berita itu mendapat liputan besar-besaran oleh media di Indonesia.

Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim berkata, mulanya polis menyita buku ‘Manifesto Komunis‘ setelah terlihat lambang tukul dan sabit, atau disebut ‘palu arit’ yang diharamkan di Indonesia.

“Setelah soal siasat, polis berpuas hati isi kandungan buku itu menceritakan kisah kekejaman komunis bunuh lebih sejuta orang hanya kerana ideologi dan mereka dibebaskan daripada sebarang tuduhan,” katanya dipetik Bernama.

Beliau berkata, buku terbitan Thukul Cetak itu juga mencatatkan menifestasi Karl Marx dalam bahasa Melayu dan ia tiada sebarang unsur negatif kecuali kulit buku yang ada lambang komunis dan ia adalah amat sensitif di Indonesia.

Pameran buku terbesar itu disertai oleh ITBM dan ketua pengarahnya, Sakri Abdullah telah dibenarkan pulang pada Isnin setelah pasportnya diserahkan semula oleh pihak Pejabat Imigresen Jakarta pada pukul 3 petang Isnin.

Tiga lagi berlepas pulang pada Ahad iaitu penerbit buku itu, Zulfikri Zamir Mohamad Munir; Ketua Jabatan Buku Malaysia, Rozlan Mohd. Noor dan Ketua Bahagian Pemasaran dan Jualan Buku, Khairulnizam Mohamad Yunis.


Pesta buku antarabangsa terkemuka itu yang berlangsung di Pusat Konvensyen Jakarta mulai Khamis lepas dan berakhir Ahad itu disertai oleh sebanyak 22 buah syarikat penerbitan buku dari Malaysia.

Zahrain berkata, bagi pihak kerajaan, Kedutaan Besar Malaysia mengucapkan terima kasih kepada polis Indonesia namun, dalam masa yang sama ITBM perlu lebih sensitif dan harus memahami undang-undang sesebuah negara.

“Kita harus tahu perkara-perkara yang sensitif di sesebuah negara dan ITBM seharusnya meletakan satu standard piawaian kepada penerbit buku mengenai buku yang boleh dan tidak boleh dijual di luar negara,” katanya.

Indonesia mengharamkan segala lambang, risalah atau buku berunsur propaganda dan simbol ideologi komunis malah pihak berkuasa pernah menahan pelancong asing berpakaian ada lambang ‘palu arit’ di negara itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori