Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Jatuh Kuda, Andy Lau...

PELAKON terkenal Andy Lau yang sedang berehat akibat kemalangan menunggang kuda kini menjadi...

PM Bentang Pelbagai Insentif...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan...

Anak Gajah Maut Dirempuh...

HULU TERENGGANU - Seekor anak gajah yang sedang melintas jalan maut selepas dirempuh...

Gaji Minimum Naik RM100...

KUALA LUMPUR - Kenaikan RM100 terhadap gaji minimum kepada RM1,200 berkuat kuasa 1...

Sindiket Dadah Di Ipoh Lumpuh, Ganja Lebih 8Kg Dirampas

IPOH – Polis Perak berjaya melumpuhkan kegiatan pengedaran dadah di sekitar bandar raya ini selepas menahan seorang lelaki bersama ganja seberat 8.09 kilogram di sini Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak, ACP R. Ravi Chandran berkata suspek yang berumur 46 tahun itu ditahan di kawasan parkir sebuah hotel di Jalan Raja DiHilir kira-kira pukul 11.30 pagi.

Katanya polis turut merampas sebuah beg daripada suspek yang mengandungi ganja bernilai lebih RM16,000 dipercayai untuk diedar di sekitar Ipoh dan boleh digunakan oleh kira-kira 7,500 penagih.

“Kita dapat maklumat daripada orang awam mengenai adanya transaksi pengedaran dadah di kawasan itu. Sebelum suspek dapat ditahan, berlaku pergelutan antaranya dan polis,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, di sini hari ini.

Turut dirampas dalam serbuan itu ialah sebuah kereta jenis Hyundai Accent yang dilaporkan hilang pada 13 Ogos lalu.


Ravi berkata siasatan lanjut mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan turut mempunyai 12 rekod lampau yang hampir keseluruhannya berkaitan dadah.

Suspek kini direman enam hari mulai 14 Oktober lepas bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ravi menegaskan pihaknya masih giat mengesan saki-baki anggota sindiket pengedaran dadah itu selain sindiket dadah lain yang cuba bertapak di Ipoh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori