Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

TPPA Basmi Rasuah Di...

KUALA LUMPUR – Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) jika ditandatangani Malaysia bakal memperkukuhkan sistem...

Remaja Mengaku Salah Cederakan...

ALOR GAJAH - Seorang remaja mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Gajah, di...

Isu Berkaitan GST Belum...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan masih belum ada...

Murid Tahun 6 Hilang...

PETALING JAYA – Segelintir murid tahun enam dikatakan semakin hilang minat untuk belajar...

Siti Nurhaliza Bakal ‘Berduet’ Dengan Whitney Houston

PENYANYI tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin sekali lagi melakar sejarah dalam hidupnya apabila bakal ‘berduet’ dengan idolanya, mendiang Whitney Houston’.

Menurut Siti Nurhaliza, dia akan merakamkan lagu Memories ‘bersama-sama’ dengan legenda pop yang meninggal dunia pada tahun 2012 itu secara digital.

“Mengenai video klip lagu Memories, pihak Yonder Music memaklumkan masih terdapat beberapa perkara perlu diselesaikan membabitkan hak penyiaran gambar,” katanya kepada Harian Metro.

Siti Nurhaliza, 37, akan memulakan proses rakaman pada bulan depan dan dijangka melancarkan album pop baharu itu awal tahun depan.

Album itu turut memuatkan beberapa lagu termasuk dari komposer Malaysia dan Indonesia.


Dalam perkembangan lain, Siti Nurhaliza bakal muncul dengan program realiti televisyen berjudul CTDK-ation yang akan disiarkan Januari tahun depan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori