Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

4 Maut Nahas 53...

KUNMING - Empat maut dalam satu nahas bertindan-tindih membabitkan 53 kenderaan di sebuah...

Perolehan Kapal Peronda, Naik...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberikan tumpuan kepada isu keselamatan di perairan Zon Selamat...

Lebih 3,000 Hadiri Munajat,...

MARANG - Lebih 3,000 orang ahli serta penyokong PAS menghadiri program Munajat dan...

Apa Kaitan Perebutan Kuasa...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan kaitan...

Skuad Hoki Negara Optimis Mampu Benam India

KUANTAN – Skuad hoki negara optimis untuk melakar kejutan ketika bertemu India esok, sekali gus meneruskan rentak kemenangan pada kejohanan Trofi Juara-Juara Asia 2016 di Stadium Hoki Kuantan di sini.

Ketua jurulatih negara, Stephen Van Huizen berkata bagi menghadapi pertemuan itu, pasukannya melakukan persiapan rapi sebagaimana bertemu pasukan lain pada kejohanan ini.

“Perlawanan tersebut amat penting bagi kita untuk memperbaiki ranking dunia bagi pasukan negara.

“India mempunyai ranking lebih tinggi daripada Malaysia tetapi kita memiliki perancangan, berjaya atau tidak ia bergantung kepada reaksi pemain dalam menghadapi pergerakan lawan.

“Kita menghormati India kerana mereka pasukan yang kuat dan mempunyai struktur yang baik dalam permainan tetapi saya percaya kita berupaya melakukan sesuatu,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Stephen berkata beliau gembira kerana pasukan kendaliannya mendapat rehat selama dua hari yang dilihat mencukupi untuk para pemain kembali cergas.


Ketua jurulatih India Roelant Oltmans berkata beliau menganggap Malaysia sebuah pasukan yang berwibawa pada kejohanan ini dan pastinya pertemuan kedua-dua pasukan menjanjikan persembahan menarik.

“Saya menganggap ia satu pertemuan yang serius dan kami perlu melakukan sesuatu untuk menang.

“Cuma kini saya tidak terlalu memikirkan pasukan Malaysia kerana perlu berhadapan dengan China hari ini,” katanya.

India kini berada di ranking keenam dunia berbanding Malaysia yang berada di ranking ke-14. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori