Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

‘Batalkan Valet Doa’ –...

PERKHIDMATAN 'doa makbul' yang ditawarkan syarikat Valet Doa adalah sama sekali tidak menepati Islam...

Otak Jatuh Ke Tulang...

OTAK jatuh ke leher. Ia mungkin pelik tetapi itu penyakit yang dialami oleh...

Shafie Apdal Hadir Sendiri...

JABATAN Ketua Menteri Sabah menafikan laporan bahawa Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menghantar...

Jerebu: Bacaan IPU Menunjukkan...

KUALA LUMPUR - Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara menunjukkan penurunan...

SMK Balung Ditutup Ekoran Helikopter Jatuh

TAWAU – Sekolah Menengah Kebangsaan Balung di sini ditutup hari ini bagi membolehkan pihak polis melakukan pemantauan berhubung kejadian sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terjatuh ke atas bumbung Pusat Kemahiraan Hidup sekolah itu pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus memberitahu pemberita di tempat kejadian, pihak bomba dan penyelamat serta agensi seperti Angkatan Pertahanan Awam dan Hospital Tawau telah membuka pusat kawalan operasi bagi menjalankan tugas pemantauan.

Beliau berkata turut memantau ialah Jabatan Pendidikan Negeri.

“Kita mendapat laporan terdapat beberapa pelajar trauma susulan kejadian itu kerana ia berlaku ketika sesi pembelajaran,” katanya.

Selain bumbung pusat itu, difahamkan sebuah dewan yang sedang dalam pembinaan turut rosak.


Seorang guru ynag enggan dikenali berkata beliau sedang mengajar apabila terdengar bunyi dentuman kuat.

“Tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat yang saya agak datang tidak jauh dari pejabat guru,” katanya.

Kejadian melibatkan sebuah bangunan tiga tingkat yang menempatkan kelas Tingkatan 4 dan 5. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori