Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Curi Motosikal Berang Gaji...

MELAKA – Tindakan seorang warga Pakistan mencuri motosikal majikan gara-gara berang gajinya tidak...

Jailani Sedia Dedah Individu...

MELAKA TENGAH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis...

Rela Laksana Kursus Pengurusan...

MELAKA - Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) sedang melaksanakan kursus Pasukan Pengurusan Krisis (CMT)...

Ramona Zamzam Sah Bergelar...

SELAIN Ashwad Ismail, hari ini turut melakar sejarah bahagia dalam hidup pelakon Ramona...

SMK Balung Tawau Dibuka Semula Esok – Kamalanathan

KUALA LUMPUR – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung, Tawau, Sabah, yang terlibat dengan insiden pendaratan cemas helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) semalam, akan dibuka esok, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.

“Sekolah tersebut dibuka esok, selepas ditutup semalam dan hari ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar 200 Tahun Pendidikan bahasa Tamil di Malaysia di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 9.05 pagi itu, sebuah helikopter Nuri TUDM mendarat cemas di bumbung dewan terbuka di SMK Balung menyebabkan 22 orang cedera iaitu 13 anggota TUDM, lapan pelajar dan pekerja pembersihan SMK Balung.

“Kesemua pelajar yang cedera juga telah dibenarkan pulang dari hospital hari ini,” katanya sambil menambah insiden itu turut menjejaskan pusat kemahiran hidup sekolah.

Dalam perkembangan lain, mengenai isu pelajar yang mengalami masalah kesihatan serius setelah didakwa meminum susu di sekolahnya, Kamalanathan berkata perkara itu tidak benar.

“Siasatan telah dibuat dan Pengarah Kesihatan Negeri Johor telah memaklumkan bahawa perkara itu tidak betul dan kemungkinan ia berpunca daripada komplikasi kesihatan lain.


“Isu pelajar tersebut tiada kena-mengena dengan susu 1Malaysia yang dibekalkan ke sekolah,” katanya.

Sebelum ini, Saziila Anuar, 12, dilaporkan telah dimasukkan ke Hospital Segamat pada 27 Julai lalu kerana mengalami demam serta sakit perut selepas meminum susu yang diberikan pihak sekolahnya.

Dia yang dirawat di hospital kemudiannya telah koma dan sebaik sedar didapati sebahagian kaki dan tangannya menjadi kehitaman seperti terbakar hingga doktor mengambil keputusan untuk memotong kaki kirinya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori