Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

OnePlus 2 Bersaiz Lebih...

PASUKAN OnePlus hari ini telah mengadakan acara soal-jawab bersama peminat di Reddit, dan...

LPP Mahu Semua PPN...

TAIPING - Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) mahu semua Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan...

Masih Sayang.. Zamarul, Diana...

SEBELUM ini, pergolakkan rumah tangga antara Zamarul Hisham dan Diana Rafar mengejutkan ramai...

GST: Anwar Ibrahim Beri...

KUALA LUMPUR - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

SPR Pahang Lupus Kertas Undi Parlimen Kuantan PRU13

KUANTAN – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang hari ini melupuskan kesemua kertas undi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) bagi Parlimen Kuantan dan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah kawasan Parlimen itu.

Tiga DUN itu terdiri daripada Teruntum, Tanjung Lumpur dan Inderapura.

Pelupusan kertas undi beserta dokumen berkaitan PRU13 pada 2013 itu dijalankan di tanah lapang di Pejabat Penghulu Kuala Kuantan 1, Kempadang, di sini yang turut disaksikan wakil parti, polis dan Pejabat Daerah Kuantan.

Timbalan Pengarah SPR Negeri, Ahmad Fazli Suhaimi berkata tindakan melupuskan kesemua dokumen itu mengambil masa lama kerana perlu menunggu keputusan mahkamah berhubung kes seorang pengundi membawa keluar kertas undi dari pusat pembuangan undi dalam PRU13.

“Setelah kes ini selesai, dan mahkamah telah pun membuat keputusan, jadi SPR Pahang mendapat kebenaran mahkamah untuk melupuskan kesemua kertas undi dan dokumen PRU13 tersebut hari ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelupusan kertas undi berkenaan.


Pengundi berkenaan, Mohd Fadhli Khaharuddin, 26, berasal dari Sungai Isap Damai, dekat sini, didenda RM3,000 serta dilarang mengundi dan menjadi calon selama lima tahun oleh Mahkamah Tinggi pada Mei lepas setelah didapati bersalah menyeludup keluar kertas undi dari pusat pembuangan undi.

Akta Kesalahan Pilihan Raya telah menetapkan pesalah dihalang mengundi dan menjadi calon selama tahun mulai tarikh pensabitan.

Mohd Fadhli dituduh pada 12 Sept 2014 atas kesalahan membawa keluar kertas undi selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan Sungai Isap, pada 5 Mei 2013. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori