Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Persiapan Kem Akuatik Tak...

KUALA LUMPUR - Kem akuatik negara tidak terjejas meskipun dilanda dua kontroversi serentak...

Mendedahkan Ancaman Daesh Bukan...

Zainal Rashid Ahmad Sejak bila perlakuan melaporkan berita jenayah dan keganasan dianggap sebagai mempromosi...

Rakyat Malaysia Bekerja Di...

SINGAPURA - Di laman Facebook Malaysia-Singapore Border Crossings yang mempunyai lebih 20,000 ahli, kini mula...

KKM Mahu Idea Tingkatkan...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengalu-alukan idea kreatif dan inovatif warganya yang...

SPRM Rampas RM1 Juta Daripada Beberapa Saksi

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merampas wang tunai kira-kira RM1 juta daripada beberapa saksi yang dipanggil memberi keterangan berhubung siasatan kes salah guna kuasa dan rasuah melibatkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion.

Sumber rapat SPRM berkata tiga daripada saksi berkenaan memulangkan wang berkenaan secara sukarela kepada SPRM semasa memberi keterangan masing-masing.

“Tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini. Kesemua mereka yang dipanggil memberikan keterangan juga memberi kerjasama baik kepada SPRM dalam mengendalikan siasatan kes itu,” kata sumber itu di sini, hari ini.

SPRM dijangka memanggil lebih ramai lagi saksi untuk memberi keterangan mereka berhubung siasatan ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Dato Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan maklumat itu tetapi enggan mengulas lanjut berhubung siasatan berkenaan.


Pada 4 Oktober lalu, SPRM menahan pengarah dan timbalan pengarah Jabatan Air Sabah serta merampas RM114.5 juta daripada mereka kerana didakwa menyalahgunakan kuasa membabitkan projek infrastruktur.

Ia juga adalah kes rampasan wang tunai terbesar dalam sejarah SPRM.

Hari ini, Majistret Jessica Ombou Kakayun meluluskan permohonan SPRM untuk melanjutkan tahanan reman selama lima hari terhadap pengarah itu dan tujuh hari terhadap tiga lagi suspek termasuk timbalan pengarah itu.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori