Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

5 Cabang PKR Perak...

IPOH — Lima cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak tidak bersetuju dengan tindakan...

Pemangku Ketua UMNO Bahagian...

ROMPIN - Barisan Nasional (BN) menamakan pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin Datuk Hasan...

Akhirnya 146 Penduduk Kempas...

HASRAT 146 penduduk dari empat kampung di sini memiliki geran tanah sendiri akhirnya...

Kerajaan Selangor Jangan Ketepi...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi menyambut baik penegasan...

SPRM Siasat Dakwaan Pegawainya Pukul Isteri

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap pegawainya yang didakwa memukul isterinya yang tersebar di media sosial baru-baru ini.

SPRM dalam kenyataan hari ini berkata ia bersedia memberi kerjasama kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan laporan polis yang dibuat mengenai dakwaan wanita itu.

“SPRM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin sekiranya terbukti bersalah,” kata kenyataan itu.

SPRM juga meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan isu ini dan memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

Baru-baru ini, akaun laman sosial Facebook menggunakan nama Shahilda Fadhil memuat naik status kisah keganasan rumah tangga yang dialaminya dan mendakwa suaminya yang merupakan seorang pegawai SPRM sering mendera dan melakukan serangan seksual terhadap dirinya.


Status itu mendapat perhatian netizen yang marah dengan kelakuan melampau yang didakwa dilakukan oleh suami wanita terbabit. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori