Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jenazah Pemain T-Team Masih...

KOTA BAHARU - Jenazah David Faramola Oniya, pemain T-Team yang meninggal dunia akibat...

Bodyguard Cuai, Lelaki Sedang...

LONDON - Kawalan keselamatan ke atas Perdana Menteri Britain, David Cameron kini menimbulkan...

JPJ Terus Komited Jalankan...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terus menjalankan operasi mengesan kenderaan...

Wanita Didenda RM1,800 Ceroboh...

KUALA LUMPUR - Seorang wanita didenda RM1,800 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah...

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Agensi Kerajaan Di Sabah

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan dua pegawai kanan sebuah agensi kerajaan di Kota Kinabalu, Sabah kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dalam pemberian projek jabatan.

Mereka yang berusia 51 dan 54 tahun ditahan di pejabat masing-masing kira-kira 9.15 pagi tadi kerana disyaki memonopoli dan memberikan projek-projek yang dikendalikan jabatan itu kepada sanak saudara mereka.

Sumber memberitahu Bernama hari ini bahawa SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM3 juta yang disimpan di dalam peti besi di pejabat seorang daripada pegawai kanan itu.

Ć¢ā‚¬Å“Kedua-dua pegawai kanan berjawatan Pengarah dan Timbalan Pengarah di jabatan kerajaan itu, yang mengendalikan projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 bilion sejak 2010, telah memonopoli kesemua projek dan diserahkan kepada adik-beradik mereka.

Ć¢ā‚¬Å“Hasil penyalahgunaan kuasa ini, yang dipercayai bermula sejak 2010 hingga kini, mereka dipercayai mengumpul harta kekayaan melebihi RM50 juta,Ć¢ā‚¬Ā katanya.

Sumber itu berkata peruntukan RM3.3 bilion itu hanya merupakan peruntukan yang disalurkan kerajaan Persekutuan dan tidak termasuk peruntukan kerajaan negeri.


Ć¢ā‚¬Å“SPRM juga membuat beberapa siri serbuan di beberapa tempat termasuk agensi terbabit dan syarikat-syarikat kontraktor yang terlibat,” katanya.

Sumber itu berkata perbuatan kedua-dua pegawai kanan itu bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi menutup periuk nasi berpuluh kontraktor lain yang langsung tidak diberikan peluang memasuki tender agensi terbabit.

Mereka disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan Akta Pengubahan Wang Haram.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhajaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan tangkapan berkenaan namun, enggan mengulas lanjut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori