Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kini Suami Boleh Carum...

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (Pindaan) 2019...

Lebih Banyak Skim Pelaburan...

HANYA beberapa hari selepas pendedahan mengenai JJPTR dibuat, lebih banyak skim pelaburan forex...

Isu Petempatan Haram Warga...

SHAH ALAM - Isu petempatan haram yang didiami warga asing tanpa izin menuntut...

Ibu bapa Nora Anne...

PETALING JAYA - Ibu bapa remaja Ireland Nora Anne Quoirin yang meninggal dunia...

Suruhanjaya Syarikat Malaysia Bantu 5 Keluarga Daif

ALOR SETAR – Lima keluarga daif di sini menerima bantuan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melalui Program Kayuhan Amal serta Majlis Pengagihan Zakat Korporat SSM, hari ini.

Lebih menarik kira-kira 30 kakitangan SSM yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Zahrah Abdul Wahab Fenner menemui kesemua keluarga berkenaan di beberapa kampung di sekitar bandar ini dengan menunggang basikal.

Zahrah berkata ia merupakan kali keenam tahun ini pihaknya ke seluruh negara mengadakan program seumpama itu bagi mengagihkan zakat korporat kepada golongan asnaf yang layak menerimanya.

“Kami memilih keluarga asnaf yang benar-benar layak menerima zakat ini agar ia sampai kepada golongan sasaran,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan hamper dan sumbangan zakat kepada keluarga Yahaya Hanafiah, 52, di Kampung Derga di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga akan melihat segala keperluan lain seperti membaik pulih rumah kediaman mereka yang daif.

Menurutnya program berbasikal seperti ini juga sebenarnya satu kaedah yang dapat mendekatkan SSM dengan masyarakat yang selama ini hanya beranggapan suruhanjaya itu hanya memfokuskan kepada hal pentadbiran dan operasi semata-mata.


Sementara itu, Yahaya yang merupakan seorang penggali kubur di kampung tersebut terharu menerima sumbangan SSM.

“Alhamdulillah sedikit sebanyak sumbangan zakat ini dapat meringankan beban kami sekeluarga,” katanya yang tinggal bersama isteri Leha Ismail, 48, dan empat anak.

Katanya beliau kini tinggal di rumah yang bumbungnya bocor dan bahagian dalam rumahnya sentiasa digenangi air ketika hujan.

Dalam kunjungan itu juga, Zahrah berkata pihaknya bercadang membaik pulih bumbung rumah Yahaya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SSM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori