Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Toyota Jual Robot Sama...

TOKYO - Bagi yang sering kesunyian, Toyota Jepun memperkenalkan sebuah robot yang diharap...

Tutup Hotel, Spa Kerana...

JAKARTA - Ibu kota ini menutup sebuah kompleks hotel dan spa kerana dakwaan...

Mesyuarat PKR Tanpa Kumpulan...

PETALING JAYA - PKR mengadakan mesyuarat khas hari ini susulan perkembangan politik semasa...

Nas Daily Guna Pasport...

SEREMBAN - Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud mengesahkan warga Israel...

SSM Luaskan Perkhidmatan EZBIZ Online

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) baru-baru ini telah melancarkan perkhidmatan terbaharu SSM yang dikenali sebagai Ezbiz Online di Aman Central, Alor Setar, Kedah bersempena Karnival ONE SSM.

Majlis dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Dato’ Zahrah Abd Wahab Fenner.

Melalui Ezbiz Online, orang ramai kini boleh mendaftar dan memperbaharui pendaftaran Perniagaan Milikan Tunggal atau Perkongsian mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui capaian internet, tanpa perlu ke mana-mana cawangan SSM.

Sistem ini dapat dimanfaatkan oleh semua pelanggan SSM kerana ianya bukan sahaja memudahkan urusan tetapi juga dapat menjimatkan kos, masa dan tenaga.

“Perkhidmatan Ezbiz Online telah diperkenalkan pada 17 September 2015 secara projek perintis dan dimuat naik secara rasmi pada 2 Oktober 2015.

“Pada awalnya perkhidmatan ini hanya tertumpu kepada Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan tetapi kini perkhidmatan tersebut telah dikembangkan kepada Pendaftaran Perniagaan Baru.

“Ini bermakna sesiapa sahaja yang ingin mendaftarkan perniagaan baru tidak lagi perlu hadir ke kaunter SSM sebaliknya boleh dilakukan secara dalam talian sahaja.


“Sehingga kini statistik penggunaan Ezbiz Online adalah 5031 untuk transaksi Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan manakala bagi transaksi Pendaftaran Perniagaan Baru sebanyak 318. Saya percaya transaksi penggunaan ini akan terus meningkat pada masa-masa akan datang,” kata Zahrah.

SSM juga ujar beliau lagi, sedang berusaha untuk meluaskan perkhidmatan EzBiz kepada perkhidmatan lain seperti perubahan perniagaan dan penamatan perniagaan sedia ada.

Bagi menikmati kemudahan perkhidmatan ini, pelanggan perlu berdaftar sebagai pengguna Ezbiz dan hadir ke kaunter SSM sekali seumur hidup bagi tujuan pengesahan pemilikan.

Maklumat lanjut boleh didapati di ezbiz.ssm.com.my. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori