Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pengulas CNN Dipecat Sebab...

ALAHAI... Jika ada rakyat Malaysia bangga dengan kebebasan bersuara di Amerika Syarikat (AS),...

JKR Kaji Penggunaan Getah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menjalankan...

Angkasa Peruntuk RM4.8 Juta...

KUANTAN - Yayasan Angkasa memperuntukkan RM4.8 juta untuk kemudahan pembiayaan pinjaman pendidikan kepada...

Kekasih Jaguh Renang AS,...

SEORANG wanita yang mengakui dirinya merupakan teman wanita kepada jaguh renang Amerika Syarikat,...

Suami Isteri Maut, 2 Cedera Nahas 2 Kenderaan Di Jempol

SEREMBAN – Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Besar Serting Hilir-Pulapol Air Hitam, Jempol malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Noorzainy Mohd Noor dalam kejadian pada pukul 9.30 malam itu, kenderaan Proton Saga yang dinaiki suami isteri itu bersama seorang anak perempuan mereka telah dirempuh oleh kereta jenis Proton Savy yang hilang kawalan yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat kemalangan tersebut, pemandu dan penumpang hadapan Proton Saga itu maut ditempat kejadian manakala anak perempuan mereka yang duduk dibelakang mengalami cedera ringan.

“Sementara pemandu Proton Savy mengalami cedera parah,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Mangsa yang maut ialah Nasrudin A. Ghani, 53, yang merupakan Pembantu Am Rendah Pulapol Air Hitam dan isterinya Noridah Ahmad, 49.

Mengulas lanjut, Noorzainy berkata kejadian berlaku dijalan lurus dan beralun manakala cuaca adalah baik.


Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat dan mendapatkan rawatan lanjut.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Pengawai operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jempol Mohd Fahmi Abdullah berkata pihaknya mengambil masa selama 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan itu.

Katanya seramai tujuh anggota telah dikerah ke lokasi kejadian. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori