Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Baja Kimia Fertigasi Naik...

KUANTAN : Kira-kira 400 pekebun sayur fertigasi di Cameron Highlands dekat sini cukup...

Gempar 2 Tuhan 1...

JAKARTA – Berita kemunculan dua orang sebagai 'Tuhan' dan seorang lagi menjadi 'Saiton'...

Menarik.. Kisah Mona Fandey...

PASTI anda tertanya-tanya siapakah gerangannya pemilik nama Maznah Ismail, tetapi bila disebut nama...

Tiada Tempat Kebal Daripada...

KUALA LUMPUR - Tiada amaran, tiada jua sebarang isyarat. Dunia sekali lagi digemparkan...

Sultan Johor Diiringi MB Lawat Kawasan Kebakaran HSA

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar berkenan mencemar duli untuk melihat sendiri kawasan kebakaran di Hospital Sultanah Aminah di sini petang Selasa.

Keberangkatan baginda disambut oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin serta exco kerajaan negeri malah baginda berkenan menziarahi mangsa dan waris pesakit terlibat insiden berkenaan.

Baca: Permaisuri Johor Lawat Mangsa Kebakaran HSA

Sultan Johor Diiringi MB Lawat Kawasan Kebakaran HSA

Terdahulu kira-kira jam 1 tengah hari, permaisuri baginda, Raja Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Idris Shah turut mencemar duli hadir melawat mangsa yang terbabit dalam kejadian kebakaran di HSA sekitar 8 pagi.

Baginda dilaporkan tiba di pekarangan wad Bunga Raya 1 dan kemudian mengambil peluang untuk meninjau sendiri keadaan ramai pesakit di situ sebelum berangkat meninggalkan hospital tersebut.

Sultan Johor Diiringi MB Lawat Kawasan Kebakaran HSA


Dalam pada itu, Mohamad Khaled turut menyampaikan sumbangan daripada pihak kerajaan negeri kepada semua waris kebakaran tersebut sebelum menyambut ketibaan Sultan Ibrahim Ismail di hospital berkenaan.

Kebakaran di tingkat dua unit rawatan rapi itu mengakibatkan enam pesakit meninggal dunia manakala seorang lagi pesakit melecur 80 peratus dan tiga jururawat sesak nafas akibat terhidu asap tebal. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori