Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Mas Khan Didenda RM17,000...

PELAKON filem Abang Long Fadil 2, Mas Khan didenda RM17,000 atau penjara 26...

Kedah Sedia Lebih RM1...

ALOR SETAR - Lebih RM1 juta disediakan kerajaan negeri untuk syarikat bas henti-henti...

Kedatangan Pelancong Saudi Bakal...

PADANG RENGAS - Jumlah kehadiran pelancong Arab Saudi ke Malaysia akan bertambah hasil...

Dua Jeti Bakan Dibina...

PELABUHAN KLANG - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meluluskan pembinaan dua buah...

Sultan Nazrin Puji Peranan Abdullah Tingkatkan Integriti

KUALA LUMPUR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini memberi penghormatan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi atas usahanya meningkatkan integriti di negara ini.

Baginda bertitah antara perkara pertama yang dilakukan Abdullah apabila menjadi perdana menteri adalah menubuhkan Institut Integriti Malaysia (IIM) pada 2004 dan berusaha menubuhkan satu badan yang kini dikenali sebagai Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan.

“Tun Abdullah juga berusaha mengukuhkan Badan Pencegah Rasuah yang kemudian dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian ketika melancarkan buku berjudul ‘Being Abdullah Ahmad Badawi’ yang ditulis bekas Ketua Editor Kumpulan The Star, Datuk Wong Sulong, di sini hari ini.

Menurut baginda, Abdullah menjadi perdana menteri dengan imej ‘Mr. Nice Guy’ dan ‘Mr. Clean’.

Sultan Nazrin bertitah usaha awal Abdullah seperti menubuhkan IIM dan Pelan Integriti Nasional diterima baik oleh pengundi dan orang ramai.

“Semua yang dilakukan Tun Abdullah didokumentasikan dengan baik oleh penulis, Datuk Wong Sulong, dan membawa pembaca menyelami kesukaran kepimpinan terutama dalam negara berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia,” titah baginda.


Baginda bertitah Abdullah berdepan pelbagai cabaran ketika mahu menerapkan integriti dalam sistem termasuk perkhidmatan awam dan agensi penguatkuasaan.

Sultan Nazrin bertitah dua perkara yang terus terlintas di fikiran ketika Abdullah menjadi perdana menteri adalah slogan ‘mengota apa yang dikata’ dan ‘pemimpin semua rakyat Malaysia’.

“Janji itu menerima sambutan baik daripada rakyat dan mereka menunjukkan sokongan menerusi kotak undi,” katanya.

Baginda bertitah Abdullah berjaya melakar kejayaan dan jujur apabila beliau tersilap membuat pertimbangan atau membuat kesilapan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori