Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Anggota Polis Disaran Menjaga...

KUANTAN - Semua anggota dan pegawai polis di negeri ini diingatkan supaya mementingkan...

Dua Ditemui Mati Dalam...

KUANTAN: Seorang lelaki dan wanita ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta berkunci di...

Dakwa Hadi Fitnah PH,...

Amanah berkata pihaknya akan membuat laporan polis di seluruh negara terhadap Presiden PAS...

MRT: Kerja Meroboh Ampang...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan 39 pemilik...

Sumber Ikan Perairan Pantai Malaysia Merosot 80%

GEORGE TOWN – Sumber ikan di perairan pantai di Malaysia kini mengalami kemerosotan dan menurun sehingga 80 peratus berikutan penggunaan pukat tunda yang semakin berleluasa.

Ketua Pengarah Perikanan Datuk Ismail Abu Hassan berkata analisis yang dijalankan Jabatan Perikanan menunjukkan kepadatan ikan merosot daripada 24 hingga 53 metrik tan bagi setiap kilometer persegi pada tahun 1970 kepada sekitar tiga hingga 14 metrik tan kilometer persegi sekarang ini.

“Sumber ikan di beberapa kawasan seperti di pantai barat semenanjung Malaysia juga telah diterokai sepenuhnya dan tidak ada lagi ruang kosong untuk dikembangkan dan kajian-kajian yang dijalankan menunjukkan penurunan pada aras trofik (rantaian sumber makanan).

“Keadaan ini menunjukkan bahawa kualiti tangkapan dari segi spesies yang didaratkan juga menurun, jadi kami perlu mengambil langkah segera iaitu meningkatkan pengurusan sumber perikanan yang lebih berkesan dengan mengambil pendekatan secara menyeluruh bagi mengatasi masalah sumber ikan yang semakin merosot itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Seminar dan Konvokesyen Penyelidikan Perikanan, di sini hari ini.

Seminar dan konvokesyen tiga hari yang diadakan di Institut Penyelidikan Perikanan, di Batu Maung, dekat sini dirasmikan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Ismail berkata beberapa langkah segera telah dirancang untuk menangani kemerosotan sumber ikan di perairan pantai, antaranya memperkasakan program pemantauan, pemuliharaan dan pemerhatian rapi (MCS) di kawasan laut.


Beliau berkata pihaknya juga mahu Akta Perikanan 1985 termasuk penguatkuasaan undang-undang ke atas aktiviti perikanan di perairan Malaysia dikembalikan sepenuhnya kepada Jabatan Perikanan bagi menjamin sumber bekalan makanan kepada negara.

“Pengurusan kawasan Perlindungan Marin seperti Taman Laut juga dicadang diletakkan semula di bawah Jabatan Perikanan kerana berdasarkan kekuatan kakitangan, kepakaran dan keupayaan penyelidikan jabatan, saya percaya kami mampu mengatasi konflik serta isu dan membela nasib nelayan.

“Gabungan semula pengurusan Taman Laut di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Sumber Tani juga akan membuka ruang penyelarasan yang lebih sistematik selari dengan perkembangan industri perikanan negara,” katanya.

Beliau berkata selain itu, Jabatan Perikanan juga akan mewajibkan Alat Peranti Penyisih Penyu (TED) kepada nelayan bot pukat tunda musim tengkujuh bagi memastikan pukat yang digunakan nelayan tidak memberi kesan kepada hidupan marin yang hampir pupus terutama penyu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori