Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Warga Emas Tersesat Jalan...

SEBERANG PERAI : Polis menahan seorang lelaki warga emas yang memandu kereta secara...

‘Abang’ Bomba Jadi Penyanyi...

KUALA TERENGGANU - Walaupun sering dihambat waktu kerana bekerja sebagai anggota Bomba dan...

Pemukiman Dekatkan Pemimpin Dengan...

PADANG RENGAS - Program pemukiman Menteri Besar Perak merupakan pendekatan yang sangat berkesan...

Elaun Khas RM200 Bukti...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berterima kasih kepada kerajaan atas peruntukan...

‘Surah Al-Baqarah Buka Mata Saya Tentang Islam’ – Nadiya

SELEPAS disahkan keguguran cahaya mata kedua, pelakon Nadiya Nisaa dilihat mengambil pendekatan berehat seketika untuk beberapa bulan.

Sekembalinya dalam industri hiburan, Nadiya mengejutkan ramai apabila tampil dengan imej baharu berhijab.

nad

Berkongsi cerita penghijrahannya itu, Nadiya memberitahu dia terbuka hati untuk memakai hijab ketika bulan Ramadan lalu.

Keinginan untuk memakai hijab juga membuatkan Nadiya berazam untuk mendalami agama Islam dengan lebih mendalam.

Antara yang dilakukan adalah, mengikuti kelas agama dan ilmu tafsir al-Quran.

Menurut Nadiya, antara pengertian surah yang menyentuh hatinya adalah surah al-Baqarah.

“Saya rancang untuk menutup kepala sejak Ramadan lalu terutama selepas isi masa sepanjang bulan puasa pergi ke kelas agama dan ketika itu saya hamil anak kedua.


“Selepas Ramadan berlalu, saya meneruskan pembelajaran di surau berdekatan rumah dengan ilmu tafsir.

“Hati saya begitu tersentuh apabila dapat memahami pengertian surah al-Baqarah yang betul-betul membuka mata mengenai Islam.

“Saya harap kelas itu dapat diteruskan walaupun sudah mulai sibuk dengan penggambaran,” katanya kepada Malaysiakini.

Image result for nadiya nisaa berhijab

Dalam pada itu, Nadiya akui perubahan penampilanya mendapat reaksi positif suami dan keluarga termasuk para peminatnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori