Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

1MDB Mula Proses Rundingan...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) memulakan proses rundingan dengan pemegang bonnya...

Mahkamah Putus Esok Kes...

MEMANG aneh namun jangan pula putar belit cakap macam-macam. Ini kerana biasanya jarang...

Timbalan Speaker Terima Kunjungan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee hari...

Anak Pemandu Bas Muslim...

UNIK... Di sebalik gerakan anti-Islam dan penularan Islamophobia, Britain melakar sejarah apabila melantik...

Suri Rumah Didakwa Abai Bayi Lelaki Berusia 7 Bulan

KUALA LUMPUR – Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengabaikan bayi lelakinya berusia tujuh bulan yang ditemui mati dalam bekas simpanan barang di sebuah pangsapuri, bulan lepas.

Kaw Mei Yen, 35, yang memakai baju lokap oren, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengabaikan bayinya sehingga menyebabkan kematiannya di Blok 3C1-2-11, Apartment Nova 2, Jalan 34/38A, Taman Sri Sinar, Kepong, Sentul antara 26 Julai hingga 19 Sept lepas.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kaw juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah jenis amphetamine ke dalam badannya di tingkat 5, Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Sentul pada 2 petang, 28 Sept lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Majistret Husna Dzulkifly membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan syarat tambahan supaya tertuduh melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali.


Mahkamah juga menetapkan 15 Nov untuk sebutan bagi tertuduh melantik peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar.

Akhbar sebelum ini melaporkan dua beradik berusia tiga tahun dan tujuh bulan ditemui mati dalam dua bekas simpanan barang sebelum ditutup dengan plastik, dipercayai dibunuh di kediaman mereka di tingkat dua Apartment Nova.

Turut ditemui ialah mayat bapa dua beradik berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori