Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Imigresen Kelantan Tahan 2...

KOTA BHARU - Jabatan Imigresen Kelantan menahan dua lelaki tempatan berusia 23 dan...

Mangsa Gilis Terima Sumbangan...

PELAJAR tingkatan satu yang putus kedua-dua kaki akibat digilis lori pasir ketika pulang...

Video Viral Warden Pijak...

BERIKUTAN penyebaran sebuah video viral seorang lelaki berkopiah dilihat memukul dan memijak seorang...

BR1M 2017 Anda Ditolak?...

SEJAK awal pagi heboh di media sosial apabila netizen meluahkan rasa kesal susulan...

Tabiat Membaca Tingkat Taraf Kehidupan

KUANTAN – Budaya membaca dalam kalangan rakyat khususnya di Pahang perlu ditingkatkan untuk menambah baik taraf kehidupan mereka pada masa hadapan.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata tanpa pengetahuan mencukupi pastinya rakyat akan ketinggalan daripada pelbagai aspek antaranya ekonomi, sosial dan teknologi.

“Amalan membaca buku amat penting dalam usaha merealisasikan impian kita menjadi sebuah negara yang cemerlang.

“Kita tidak mahu rakyat hanya membaca bahan bacaan ringan seperti suratkhabar dan komik, tetapi lebih kepada buku ilmiah yang dapat mengembangkan minda.

“Dengan itu, kita akan lebih berpengetahuan, kreatif dan memiliki budaya membaca yang tinggi setanding dengan penduduk negara maju,” katanya.

Adnan berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Bangunan MBS World di sini hari ini.

MBS World merupakan sebuah kedai buku berkonsep terbesar di Malaysia dengan keluasan 46,000 kaki persegi yang menerapkan konsep berjenama bagi produk bacaan dan alat tulis.


Premis itu yang juga cawangan ke-13 dibuka di Malaysia menawarkan laman permainan kanak-kanak, kafe pandu lalu dan restoran kepada orang ramai.

Adnan berkata kewujudan kedai buku yang dibuka dengan banyak secara tidak langsung turut menanam minat membaca masyarakat.

“Pastinya mudah buat orang ramai untuk mendapat bahan bacaan berkualiti apabila banyak kedai buku dibuka.

“Kerajaan negeri menggalakkan usaha seperti ini kerana ia mampu memberi impak positif kepada rakyat,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori