Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Siar Langsung Saat Maut...

NEW DELHI - Lapan rakan menyiarkan secara langsung nahas jalan raya yang membunuh...

RUU 355 Dedah Kepuraan...

KUALA LUMPUR - Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU...

Wow… Gadis 21 Tahun...

BARU berusia 21 tahun, siapa sangka gadis dari Sekinchan, Selangor ini mampu menceburi...

DAP Digesa Laksana Pembangunan...

GEORGE TOWN - Kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang diminta supaya melaksanakan pembangunan secara terancang...

Tahniah Bangsa Kedah! – Nik Abduh

KUALA LUMPUR – Satu status ringkas di Facebook mengenai kemenangan pasukan Kedah malam tadi oleh Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menimbulkan persoalan.

Ia ekoran ucapan tahniah beliau kepada Kedah kerana muncul juara Piala Malaysia itu seolah-olah menyindir pasukan ternama Johor Darul Ta’zim (JDT) yang gagal dalam saingan itu.

“Tahniah untuk negeri Kedah! Bangsa Kedah,” katanya dilaman Facebook rasmi beliau lewat malam tadi.

Tahniah Bangsa Kedah! - Nik Abduh

Johor sebelum ini memperkenalkan istilah Bangsa Johor bagi memperkuatkan kesatuan rakyat negeri itu.

Bagaimanapun, istilah itu mendapat kritikan segelintir pihak termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Netizen yang memberi reaksi kepada status Ketua Pemuda PAS itu kemudian memuatnaik komen yang menyindir pasukan JDT:

Mohd Kamal; “Terima kasih ustaz…tapi panggil oghang Kedah ja…bangsa belah-belah Singapore nu…..”

Shamshinar; “Terima kasih ustaz..oghang Kedah ja ustaz..bukan bangsa Kedah tinggi sangat level bangsa tu ustaz..kami besa-besa saja.”


Marina Ibrahim; “Tanpa pemain bintang…Kedah berjaya ..tahniah…ustaz..”

Rauziah Mohd. Ayob; “Jangan panggil bangsa-bangsa …tak suka dengar dan baca….orang Kedah sederhana saja.”

Mie solo; “Bukan main dalam ayat tu..hahaha..Champions AFC bangsa Johor.. menang Piala Malaysia bangsa Kedah..haha.”

Kedah muncul juara Piala Malaysia 2016 selepas menewaskan Selangor 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi final di Stadium Shah Alam malam tadi.

Kedua-dua pasukan seri 1-1 pada aksi 120 minit perlawanan termasuk 30 minit masa tambahan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori