JANGKA hayat seseorang selebriti dalam bidang seni tidak dapat diduga.
Kalau dah tiada permintaan dalam bidang yang diceburi, sekurang-kurangnya segulung diploma ataupun ijazah boleh dijadikan sebagai jaminan untuk menentukan hala tuju masa depan.
Bertitik tolak dari situ, pelakon Elfira Loy mengambil keputusan menyambung pelajaran dan dikhabarkan dia sudah pun menamatkan pengajian diploma dalam bidang pengurusan seni dari Universiti Kolej KDU.
Semalam juga berlangsung majlis graduasi pelakon berusia 22 tahun itu seperti yang dikongsikannya menerusi laman sosial Instagram.
Bergaya dengan gaun biru muda rekaan pereka tersohor Rizman Ruzaini, Elfira tampil cukup menawan dalam majlis tersebut.
A photo posted by 22 | Malaysian (@elfiraloy) on
Turut hadir menyaksikan graduasi Elfira ialah ibu dan dua adiknya yang juga merupakan pelakon, Ezlisa Loy dan Ezrin Loy.
Tahniah Elfira! – MYNEWSHUB.CC