Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tekanan Hidup, Pulas Kepala...

AKIBAT mahu bersama dengan lelaki lain dan kemurungan akibat kegagalan rumah tangganya, seorang...

Stadium Putra Kini Dikenali...

KUALA LUMPUR - Stadium Putra di Bukit Jalil di sini kini dikenali sebagai...

2 Jawatan Timbalan Presiden...

KUALA LUMPUR - Anggota gabungan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) sebulat suara bersetuju dengan...

Kualiti Udara Pulih, Hanya...

KUALA LUMPUR - Keadaan kualiti udara negara yang dilanda jerebu hampir pulih apabila...

Tahniah MB Kedah Lang Merah Juara Piala Malaysia

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah diatas kejayaan Kedah merangkul kejuaraan Piala Malaysia.

Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkata, pihaknya turut mengucapkan tahniah kepada seluruh pasukan Kedah dan persatuan bola sepak negeri itu yang diketuai Ahmad Bashah.

“Sudah pasti segala pelaburan dan usaha Menteri Besar, kerajaan negeri, pegawai serta pemain memberi pulangan dan kepuasan kepada para penyokong dan rakyat Kedah. Bila ada usaha maka ada kejayaannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Bashah sebelum ini dikutuk dan dicerca sebilangan netizen yang majoritinya penyokong pembangkang kerana menolak tawaran tajaan RM30 juta daripada Syarikat D’Herbs Healthy Sdn. Bhd. (D’Herbs) kepada pasukan Kedah.

Beliau selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bagaimanapun menjelaskan pihaknya mengambil keputusan itu demi memastikan hak rakyat negeri itu tidak tergadai hanya kerana bola sepak.


Ahmad Bashah pada waktu itu bagaimanapun memberi jaminan KFA akan memastikan dana pasukan mencukupi dan akan berusaha membuka serta mencari ruang penajaan baharu.

Natijahnya, Kedah muncul juara Piala Malaysia 2016 selepas menewaskan Selangor 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi final di Stadium Shah Alam malam tadi. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori