Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Prosedur Operasi Standard Baharu...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menetapkan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi kawasan...

Miri: OKU Tak Sabar...

MIRI - Bagi Alexander Jaya, 34, memiliki rumah sendiri adalah satu impian apatah lagi kini masuk 17 tahun menyewa rumah dengan kadar RM350 sebulan.Harga rumah yang...

PM Sasar Setiap Rakyat...

ROMPIN - Kerajaan bakal menubuhkan Lembaga Tenusu tahun hadapan bagi menggalakkan rakyat Malaysia...

Pekerja Pasar Raya Maut...

KUANTAN - Seorang pekerja sebuah pasar raya maut selepas kereta dipandu bertembung dengan...

“Tak Keluar! Kami Hormat Dewan Dan Mandat Rakyat”

SHAH ALAM – Semua 12 anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Selangor mempamerkan plakad bertulis “Tak Keluar! Kami Hormat Dewan dan Mandat Rakyat” pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Mereka mempamerkan plakad itu selepas Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selesai membentangkan Bajet Selangor 2017.

Perbuatan tersebut mengundang tawa dalam kalangan ADUN yang berada dalam dewan termasuk Mohamed Azmin.

Tindakan ADUN BN itu dilihat seolah-olah ‘menyindir’ anggota Parlimen daripada Pakatan Harapan yang bertindak mempamerkan plakad serta keluar dari Dewan Rakyat ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2017 pada 21 Oktober lepas.

Ketika ditemui pemberita di lobi DUN bagi mengulas perkara itu, ADUN Permatang Datuk Sulaiman Abdul Razak berkata: “Kita dengar bajet yang dibentang betul-betul… walaupun ADUN BN hanya ada 12 orang sahaja, tapi kita tak keluar dewan (DUN) sebab kita nak buat analisis. Tak macam anggota Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat, kita hormati DUN,” katanya.


Mohamed Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa membentangkan Bajet Selangor 2017 berjumlah RM3.45 bilion iaitu RM1.65 bilion atau 47.8 peratus diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus dan RM1.8 bilion atau 52.2 peratus bagi perbelanjaan pembangunan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori